Tarikh : 15/07/2018 Masa : 02.00pm - 05.00pm Tempat : Pusat Internet Kampung Kuala Kerik Peserta : 5 peserta |
TUJUAN
Sebagai pendedahan kepada peserta akan kemahiran menggunakan Microsoft Office Power Point untuk menyediakan pelbagai persembahan elektronik. Selain itu, program ini dapat menarik lebih ramai komuniti untuk mempelajari komputer dan menarik lebih ramai pengunjung ke PI. Ia juga dapat membantu dalam penyediaan slaid yang lebih efektif dan dapat memperbaiki mutu persembahan slaid. Disamping itu, ia dapat menjadikan komuniti yang celik IT.
AKTIVITI
Peserta membuat persembahan slaid dengan menggunakan format teks yang betul dan peserta juga menambah objek grafik di dalam persembahan slaid. Selain itu, peserta membuat dan menambah jadual didalam persembahan slaid. Disamping itu, peserta diajar menggunakan menu bar beserta fungsinya untuk kegunaan akan datang.