USAHAWAN PRODUK KESIHATAN NUFIYA

Nama :Hasmida binti Hassan

Umur :33 Tahun

Ahli   :2022

Latar belakang

Cik Hasmida binti Hassan seorang surirumah dan ibu kepada 2 orang anak. Beliau mula bergiat dalam bidang usahawan sebagai drophsip kepada produk kesihatan Nufiya dan menjadikannya sebagai pendapatan sampingan untuk membantu suaminya untuk menambah pendapatan.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM50 – RM200 sahaja sebulan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Ekonimi Digital (PEDi) Kg. Kuala Kerik, pelanggan beliau semakin bertambah setelah mengetahui jualan beliau melalui promosi yang dijalankan menerusi atas talian seperti media sosial facebook. Pendapatan bulanan beliau juga bertambah dan kini hampir mencecah RM300 – RM600 sebulan.

USAHAWAN-2

BELAJAR ICT

Nama : Saif bin Alias 

Umur : 11 Tahun

Ahli   : 2022

Latar belakang

 

Saif bin Alias merupakan seorang pelajar sekolah rendah yang tinggal berdekatan dengan Pusat Ekonomi Digital Kampung Kerik. Beliau kurang berpengetahuan untuk mengunakan aplikasi komputer dan internet. Dengan menghadiri beberapa kelas komputer beliau dapat mengetahui cara untuk melayari internet dan belajar untuk mencari bahan untuk pembelajaran beliau.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Beliau kurang mahir mengendalikan komputer ,mengunakan aplikasi dalam komputer dan mencari maklumat di laman web di internet.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

 

Setelah mempelajari ilmu asas internet dan komputer, urusan kerja beliau menjadi lebih mudah terutamanya dalam mendapatkan maklumat untuk pembelajaran sekolah seperti membuat buku skrap dan mengulangkaji pelajaran. Kini, beliau juga sering datang ke PEDi dan menyertai aktiviti yang dianjurkan.

CELIK-IT

USAHAWAN CENDOL SAWIT DAN KUIH SIPUT

Nama :Nor Azizah Binti Ayob

Umur :34 Tahun

Ahli   :2021

Latar belakang

 

Puan Azizah binti Ayob merupakan seorang suri rumah yang tinggal berdekatan Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi). Beliau mengusahakan perniagaan secara kecil kecilan menjual cendol santan sawit dan juga mengambil tempahan kuih siput. Beliau mula berjinak dalam bidang ini untuk membantu suami menambah pendapatan. Jualan cendol dan juga kuih siput beliau semakin hari semakin laris kerana ianya mendapat sambutan yang hangat dalam kalangan penduduk setempat.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM100 – RM300 sahaja sebulan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

 

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Ekonomi Digital Kg. Kuala Kerik, beliau kini dapat mempromosikan hasil produk beliau di pelbagai platform seperti Facebook dan WhatApps. Kini,pelanggan semakin hari semakin bertambah setelah mengetahui produk jualan beliau melalui promosi yang dijalankan. Pendapatan bulanan beliau juga bertambah yang kini mencecah RM400 – RM600.

 

USAHAWAN-2

USAHAWAN HENNA

Nama :Norshawati binti Che Saad

Umur :22 Tahun

Ahli   :2014

Latar belakang

 

Cik Norshawati merupakan seorang pelajar universiti. Beliau sering mengambil upah untuk melukis henna/inai pada waktu lapang. Pada awalnya, melukis henna/inai ini adalah salah satu hobi beliau untuk melepaskan tekanan. Akan tetapi, ramai pelanggan wanita terutamanya, mula mengupah beliau untuk melukis henna/inai apabila tiba musim perayaan. Ramai pelanggan beliau sangat berpuas hati dengan hasil tangan beliau yang kemas dan cantik. Kini, beliau turut mengambil upah melukis henna/inai untuk bakal pengantin ataupun mereka yang ingin melangsungkan pertunangan dan sebarang majlis. Hobi beliau kini telah menjadi salah satu sumber beliau untuk menjana pendapatan sebagai seorang pelajar.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM20 – RM50 sahaja sebulan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

 

Cik Norshawati sering mengunjungi PEDi Kampung Kuala Kerik untuk mendapatkan bantuan petugas tentang cara untuk mempromosikan hasil tangan beliau kepada komuniti setempat. Beliau mempelajari cara mengambil gambar hasil kerja beliau dengan baik, kemudian beliau turut membukukan hasil kerja beliau. Dengan adanya buku tersebut, pelanggan beliau dapat melihat dan merujuk gambar hasil tangan beliau sebelum mendapatkan perkhidmatan melukis henna/inai daripada beliau.

USAHAWAN-1

BELAJAR ICT

Nama : Muhammad Faiezan bin Muhammad Yusof

Umur : 19 Tahun

Ahli   : 2015

Latar belakang

Muhammad Faiezan merupakan seorang remaja yang baru menamatkan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan merancang untuk memohon pekerjaan sementara melanjutkan pelajaran ke Universiti. Beliau tidak berpengetahuan untuk mengunakan aplikasi komputer dan internet. Dengan adanya Pusat Ekonomi DigitalKg. Kuala Kerik beliau dapat menggunakan kemudahan untuk membuat resume dan permohonan kerja secara online.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau kurang mahir mengendalikan komputer ,mengunakan aplikasi dalam komputer dan mencari maklumat di laman web di internet.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah mempelajari ilmu asas internet dan komputer, urusan kerja beliau lebih mudah terutamanya dalam pembuatan resume dan mengisi borang secara online. Kini, beliau sering datang ke PEDi dan menyertai aktiviti yang dianjurkan oleh PEDi.

CELIK-IT