Antara Keychain Nama yang dihasilkan oleh Puan Salawati binti Ismail. Boleh juga menempah nama sendiri.

Salah satu produk kelauaran tempatan di Kg. Kuala Kerik adalah Mee Kuning. Dikenali sebagai 'Mee Kuning Istimewa D'Leskerik' ini juga merupakan keluaran Koperasi Kg. Kuala Kerik yang mana diusahakan sendiri oleh ahli-ahli koperasi. Keistimewaan mee kuning keluaran kampung ini adalah ianya 100% keluaran bumiputera, bersih dan suci dan sudah semestinya halalan toyyiban. Malah daripada maklumbalas yang diterima, ianya tidak menyebabkan 'kembung perut' selepas memakannya.

Kepada sesiapa yang berminat untuk mendapatkan mee kuning ini sama ada belian secara borong ataupun runcit, boleh lah datang ke Kg. Kuala Kerik atau hubungi 0194195673.

IMG 5063 800x600   IMG 5078 800x600
     
IMG 5081 800x600   IMG 5082 800x600

Antara produk tempatan keluaran komuniti setempat Kg. Kuala Kerik dan sekitarnya :

1. Madu Kelulut

2. Mee Kuning

3. Kraftangan

IMG 5925 800x600   IMG 4073 800x600
     
IMG 4074 800x600   IMG 4075 800x600

Madu kelulut asli D'Leskerik merupakan salah satu produk tempatan yang dikeluarkan oleh Koperasi Kg. Kuala Kerik. Projek penternakan kelulut madu ini mula dijalankan sempena dengan Projek Desa Lestari. Dengan adanya projek penternakan ini, ia dapat menyediakan bekalan madu kelulut untuk pasaran tempatan dan sekitar negeri Kedah. Selain tu, projek penternakan ini turut mewujudkan peluang pekerjaan dan memberi pendapatan sampingan kepada penduduk sekitar.

IMG 4072 800x600   IMG 4071 800x600

 

 

Sub-kategori