HFMD

Penyakit HFMD mudah menjangkiti orang lain terutamanya kanak-kanak di premis tempat tumpuan mereka seperti taska dan tadika. Bilangan kes HFMD dijangka akan terus meningkat kerana kesedaran dan keprihatinan ibu bapa membawa anak yang mengalami gejala HFMD berjumpa pengamal perubatan untuk mendapatkan nasihat dan rawatan. Ini menyebabkan peningkatan kes kerana HFMD adalah penyakit yang perlu dinotifikasikan kepada pihak kesihatan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988. Bagi tahun 2018, sehingga hari ini tiada kematian disebabkan HFMD atau enterovirus 71 (EV71) dilaporkan di Malaysia.

 

Pihak KKM ingin mengingatkan orang ramai, khususnya ibu bapa, pengusaha taska/tadika/pra-sekolah serta pihak sekolah terlibat untuk:

  1. Tidak membawa anak yang dijangkiti HFMD ke tempat-tempat awam / sekolah / taska / tadika / pusat asuhan kerana boleh merebakkan jangkitan.
  2. Bawalah anak ke fasiliti kesihatan berhampiran sekiranya menunjukkan gejala HFMD.
  3. Sentiasa mengamalkan budaya mencuci tangan dengan sabun dan air bersih selepas ke tandas, selepas menukar lampin dan selepas menyentuh / merawat lepuh.
  4. Membersihkan alatan mainan dan perkakasan yang digunakan oleh kanak-kanak serta lantai rumah termasuk tandas dengan menggunakan larutan campuran kloroks.
  5. Memastikan pembuangan lampin pakai-buang dibuat dengan betul dan
  6. Membuat saringan di pintu masuk bagi memastikan kanak-kanak tiada tanda-tanda jangkitan HFMD sebelum masuk ke kelas.

 

Kini Warga Komuniti Boleh Membuat Pemeriksaan Tekanan Darah Di PI1M Kg Kuala Kerik.

Klinik Kesihatan Kampung Betong

 

 

Klinik Kesihatan Kg. Betong

 

Bermula Januari 2012, Klinik Kesihatan ini telah dinaiktaraf. Seorang pembantu perubatan dan telah ditugaskan di sini sepanjang hari. Manakala doktor pula akan datang seminggu dua kali. Ramai yang menggunakan perkhidmatan di klinik ini. Mereka tidak lagi perlu pergi ke Klinik Kesihatan Sik dan Klinik Kesihatan Begia untuk janji temu dengan pegawai kesihatan. Jumlah kakitangan tetap adalah sebanyak 8 orang. Perkhidmatan diberikan untuk 8 buah kampung.

Klinik Kesihatan Kg. Betong 02

Klinik Kesihatan Kg. Betong 03

Klinik Kesihatan Kg. Betong 04

Klinik Kesihatan Kg. Betong 05