Ladang Anggur Tasik Beris

ladang anggur

ladang anggur 01

ladang anggur byrn msk

Tempat pelancongan yang berdekatan dengan Kampung Kuala Kerik adalah Ladang Anggur Sungai Senam. Lokasinya adalah lebih kurang 10 km manakala Ladang Anggur Tasik Beris pula lokasinya kira-kira 25 km dari Kampung Kuala Kerik. Ladang Anggur ini diusahakan oleh Syarikat Excel Agrotech yang mana merupakan sebuah syarikat bumiputera yang ditubuhkan pada tahun 2007. Syarikat ini mempunyai dua ladang anggur iaitu di pinggir kawasan Empangan Beris yang mempunyai keluasan 4 ekar dengan jumlah tanaman anggur sebanyak 1000 pokok dan di Sungai Senam dengan keluasan 30 ekar dengan jumlah tanaman sebanyak 7000 pokok

 

Tasik Beris

tasik beris

tasik beris1

Tasik Beris merupakan sebuah tasik buatan manusia di Malaysia, yang terbentuk hasil dari pembinaan Empangan Beris iaitu pada 10 Ogos 2000. Lokasinya kira-kira 20km dari Kampung Kuala Kerik ke Tasik Beris. Terletak di daerah Sik, Kedah, ia asalnya adalah sebuah kampung yang bernama Kampung Sungai Batang yang terdapat di dalam kampung ini ialah Kampung Kuala, Kampung Baru, Kampung Tengah, Kampung Paya dan Kampung Besar. Jauhnya tasik ini dari Pekan Sik adalah lebih kurang 24 km dan kira-kira 1.6 km dari pertemuan antara Sungai Beris dan Sungai Muda. Terdapat beberapa chalet yang boleh disewa dengan kadar yang berpatutan. Antaranya Beris Inn. Pengusaha chalet menyediakan beberapa kemudahan aktiviti untuk penyewa disamping dapat menikmati suasana sunyi di sekitar tasik ini

 

Lata Mengkuang

Pusat rekreasi yang berdekatan dengan Kampung Kuala Kerik adalah Pusat Rekreasi Lata Mengkuang Sik, Kedah. Lokasinya kira-kira 35km dari Kampung Kuala Kerik ke Lata Mengkuang. Terdapat pelbagai kemudahan yang disediakan seperti kedai makan, tandas, tempat letak kereta, tempat untuk mandi-manda, berkelah, berkhemah dan sebagainya. Dibuka sepanjang hari dan tiada bayaran yang dikenakan.

 

 

KEDA Resort Bendang Man

keda resort

KEDA Resort Bendang Man dimajukan dan diuruskan oleh Pihak Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA). Lokasinya dalam 30km dari Kampung Kuala Kerik. Ia terletak di Kg. Bendang Man, Mukim Sik. Keistimewaan resort ini ialah ia terletak di hutan simpanan Rimba Teloi, Daerah Sik yang mengandungi anak Sg. Chepir yang mengalir jernih serta rangkaian jeram dan kawasan dusun buah-buahan seluas 75.8 hektar. Terdapat tanaman campuran durian (40 hektar) dan rambutan (35.8 hektar). Antara kemudahan yang disediakan untuk keselesaan pengunjung termasuklah chalet, asrama/dormitori, kawasan perkhemahan dan perkelahan, dewan serbaguna, tempat makan, surau, wakaf/pondok rehat dan tempat letak kereta. Aktiviti yang sering dijalankan di resort ini adalah kem motivasi, kursus dan mesyuarat/taklimat, memancing, melawat kawasan dusun, jungle tracking, perkhemahan dan aktiviti perkelahan. 

keda resort 02

keda resort 03