Tarikh : 07/08/2018 Masa : 02.00pm - 05.00pm Tempat : Pusat Internet Kampung Kuala Kerik Peserta : 6 peserta |
TUJUAN
Pendedahan kepada E-Pembelajaran dalam permainan pendidikan. Selain itu, peserta dapat mempelajari perkakasan komputer dengan lebih mendalam. Ia juga dapat mempraktikan corak berfikir dan kemahiran logik dalam menyusun imej. Disamping itu, program ini dapat mengisi masa lapang peserta dengan aktiviti yang berfaedah.
AKTIVITI
Peserta diberi penerangan tentang aktiviti yang dijalankan. Peserta juga diberi satu permainan Puzzle tentang perkakasan komputer sebagai kaedah pembelajaran peserta. Selepas itu, peserta akan mencantumkan pecahan gambar yang diberi dalam masa yang ditetapkan. Peserta yang dapat menyiapkan dalam masa yang ditetapkan dikira pemenang.