BENGKEL USAHAWAN (PEMBUATAN KEK)

Tarikh   : 28/07/2019

Masa    : 10.00pm - 3.00pm

Tempat : Bengkel Masakan Puan Shamsiah 

Peserta : 15 peserta

 

TUJUAN

Pendedahan kepada peserta yang terlibat tentang aktiviti. Selain itu, ia dapat memantapkan pengetahuan tentang membuat kek dan dapat menjadikan aktiviti ini sebagai hobi di masa lapang. Disamping itu, bengkel ini dapat melahirkan wanita yang berinovasi tentang dunia kek. Ia juga dapat mengeratkan hubungan silaturahhim antara komuniti beserta dapat membantu menjadikan komuniti yang berwawasan. Bengkel ini juga dapat melahirkan lagi usahawan wanita di masa akan datang.

 

AKTIVITI

Penerangan tentang aktiviti dan cara-cara membuat kek daripada Pn Shamsiah. Peserta diberikan resepi dan tunjuk ajar tentang cara membuat kek dengan betul. Selain itu, peserta didedahkan dengan peralatan pembuatan kek serta fungsinya. Disamping itu, peserta diajar tentang bahan-bahan untuk membuat kek dan sukatan bahan yang diperlukan. Peserta juga diberi peluang untuk bertanya soalan bagi memambahkan lagi pengetahuan tentang pembuatan kek.

Lihat Gambar Disini