Tarikh : 05/11/2019 Masa : 8.30pm - 12.30pm Tempat : Pusat Internet Kampung Kuala Kerik Peserta : 150 peserta |
TUJUAN
Pendedahan ICT dan kesedaran kesihatan kepada komuniti. Selain itu, ia dapat menarik pengunjung untuk datang ke PI dan dapat mengeratkan PI dengan komuniti.
AKTIVITI
Pemeriksaan kesihatan oleh Klinik Kesihatan serta pemeriksaan gigi oleh Klinik Pergigian kepada komuniti. Aktiviti fizikal turut diadakan seperti zumba dan demotrasi memberus gigi bagi Tabika serta Explorace ICT bagi sekolah rendah. Selain itu, komuniti diberi taklimat kesihatan dari Klinik Pergigian dan tayangan video KDB kepada komuniti. Komuniti juga diberi pendedahan ICT dengan menghadiri bengkel ICT yang diadakan. Disamping itu, pelbagai pertandingan turut diadakan seperti Kuiz ICT dan Gaya Hidup Sihat serta Lets Spy. Aktiviti Dashboard Komuniti juga diadakan kepada komuniti.