Tarikh : 13/02/2020 Masa : 2.00pm - 5.00pm Tempat : Pusat Internet Kampung Kuala Kerik Peserta : 3 peserta |
TUJUAN
Pendedahan dan pembelajaran blog kepada peserta. Ia juga dapat menambah pengetahuan tentang blog dan dapat menggunakan untuk menulis artikel sendiri. Selain itu, ia juga dapat menjadikan blogger ini sebagai sumber pendapatan dan melahirkan blogger yang berjaya serta berilmu. Disamping itu, kelas ini dapat menjadikan Pusat Internet sebagai pusat ICT di komuniti serta ia boleh menjadikan komuniti yang bersaing secara sihat dalam dunia digital.
AKTIVITI
Penerangan aktiviti kepada peserta. Peserta mencipta blog sendiri menggunakan website blogger dan wix sambil dibantu Petugas. Peserta juga di diajar cara menggunakan blog seperti mereka design, menulis artikel dan lain-lain lagi. Selain itu, peserta juga diajar cara penulisan yang betul ketika mengarang artikel.