Tarikh : 05/08/2020 Masa : 9.00am - 06.00pm Tempat : Pusat Internet Kampung Kuala Kerik Peserta : 5 peserta |
TUJUAN
Pendedahan tentang Shopee kepada peserta yang hadir. Selain itu, ia bertujuan membantu para peserta untuk menjual dan mengetengahkan produk masing-masing diatas talian.
AKTIVITI
Pengenalan Shopee kepada petugas daripada Petugas. Peserta diterangkan tentang kegunaan dan fungsi serta kaedah penjualan produk di platform Shopee. Sebelum itu, bengkel dimulakan dengan sesi photoshoot produk oleh peserta. Selain itu, peserta diajar cara membuat akaun pendaftaran Shopee dan memasukkan maklumat yang diperlukan. Disamping itu, peserta juga diajar cara memasukkan gambar dan maklumat produk sambil dibantu Petugas. Petugas juga menunjukkan cara penjualan bagi meningkatkan jualan produk.