Tarikh : 02/01/2022 Masa : 02.30pm - -5.30pm Tempat : PEDi Kampung Kuala Kerik Peserta : 2 peserta |
TUJUAN
Bengkel ini diadakan bertujuan untuk membiasakan diri peserta untuk menggunakan Microsoft Office Word semasa menyiapkan tugasan folio. Selain itu, ia juga dapat membantu peserta untuk mengenali asas-asas penggunaan komputer dengan betul.
AKTIVITI
Para peserta telah diberi penerangan mengenai tugasan yang harus mereka siapkan. Kemudian, mereka diberikan masa untuk menyiapkan folio tersebut.