Tarikh : 05/02/2022 Masa : 10.00am - 01.00pm Tempat : PEDi Kampung Kuala Kerik Peserta : 4 peserta |
TUJUAN
Kelas Jom Belajar Tatabahasa telah diadakan untuk membantu peserta menguasai kemahiran tatabahasa Bahasa Melayu. Secara tidak langsung, pemahaman murid-murid terhadap pelajaran akan menjadi semakin kukuh.
AKTIVITI
Para peserta mempelajari tentang jenis-jenis ayat seperti ayat tanya, ayat perintah dah sebagainya. Kemudian, mereka menggunakan PC di PEDi untuk menjawab soalan berkaitan pembelajaran pada hari tersebut secara atas talian.