Tarikh : 14/07/2022 Masa : 02.00 pm - 05.00pm Tempat : PEDi Kampung Kuala Kerik Peserta : 14 peserta |
TUJUAN
Kelas Pengenalan Storyboard ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta tentang cara menghasilkan storyboard yang menarik dan kreatif. Dengan adanya kelas ini, secara tidak langsung meningkatkan daya kreativiti dalam kalangan peserta.
AKTIVITI
Para peserta telah diterangkan tentang cara-cara untuk menggunakan storyboard. Kemudian, mereka telah diberikan rajah dan dikehendaki menulis dialog untuk menghasilkan cerita yang menarik menggunakan storyboard. Aktiviti ini secara tidak langsung dapat melahirkan komuniti yang celik IT.