Tarikh   : 20/07/2024

Masa    : 10.00am - 11.00am

Tempat : NADI Kampung Kuala Kerik

Peserta : 1 peserta

TUJUAN

Sebagai pendedahan kepada peserta dan untuk penyediaan kemahiran mengenai Microsoft Excel. Selain itu, ia juga untuk memahami penggunaan Microsoft Excel dengan sempurna untuk menyempurnakan tugasan.

AKTIVITI

Penerangan kepada peserta tentang Microsoft Excel supaya peserta dapat mengenali bahagian asas Microsft Excel. Selain itu, peserta didedahkan dengan kaedah untuk mengformat sel,lajur, baris dan sebagainya. Disamping itu, peserta diajar teknik pengiraan matematik dalam Microsft Excel.

Lihat Gambar Disini

Tarikh          : 10/07/2024

Masa           : 02.00pm - 03.00pm

Tempat        : NADI Kampung Kuala Kerik

Peserta        : 4 peserta

TUJUAN

Aktiviti ini diadakan untuk memberi pendedahan kepada peserta tentang STEM supaya mereka mengenali maksud, jenis-jenis aktiviti. yang melibatkan STEM. Di samping itu, aktiviti ini juga dapat memberi manfaat kepada peserta untuk mengenal istilah-istilah di dalam STEM.

AKTIVITI

Para peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah diminta untuk menjawab soalan yang diberikan oleh petugas PEDi.

Lihat Gambar Disini

Tarikh          : 25/06/2024

Masa           : 02.00pm - 03.00pm

Tempat        : NADI Kampung Kuala Kerik

Peserta        : 1 peserta

TUJUAN

Kuiz ini diadakan untuk menguji keupayaan peserta untuk menguasai subjek matematik seperti operasi tambah, tolak, dan darab. Di samping itu, aktiviti ini juga dapat memberi manfaat kepada peserta supaya dapat membiasakan diri melakukan latihan matematik.

AKTIVITI

Peserta diminta untuk menjawab soalan matematik yang diberikan oleh petugas NADI Kg Kuala Kerik.

Lihat Gambar Disini

Tarikh       : 29/06/2024

Masa        : 03.00pm - 05.00pm

Tempat     : Bengkel Jahitan KEMAS Kampung Hujung Bandar 

Peserta     : 10 peserta

TUJUAN

Peserta telah didedahkan kepada penggunaan dan kepentingan 'Seller Centre' kepada peniaga atas talian. Tujuan pendedahan ini adalah untuk memudahkan urusan harian peserta sebagai peniaga atas talian.

AKTIVITI

Melalui kelas ini, peserta telah mempelajari cara untuk mengira keuntungan menggunakan 'Seller Centre' di akaun Shopee. Selain itu, peserta juga telah mempelajari cara untuk mengemaskini status produk jualan di akaun Shopee peserta.

Lihat Gambar Disini

Tarikh   : 12/06/2024

Masa    : 4.00pm - 05.00pm

Tempat : NADI Kampung Kuala Kerik

Peserta : 5 peserta

TUJUAN

Meningkatkan pengetahuan ICT dan dapat mempelajari ilmu ICT dengan berkesan. Selain itu, ia dapat melahirkan komuniti yang celik IT serta dapat meningkatkan budaya IT dikalangan peserta.

AKTIVITI

Penerangan dari Petugas tentang aktiviti. Peserta membuka web yang diberikan dan menjawab Kuiz ICT Online. Peserta diberikan masa dan peserta juga boleh mencari maklumat di internet.

Lihat Gambar Disini