USAHAWAN GERAI MAKANAN DAN MINUMAN

Nama :Nurul Hidayah binti Jamil

Umur :27 Tahun

Ahli :2014

Latar belakang

Puan Nurul Hidayah binti Jamil merupakan seorang surirumah dan ibu kepada 2 orang anak. Beliau mula berjinak-jinak dalm bidang perniagaan dan menjadikannya sebagai pendapatan sampingan beliau untuk membantu suami dalam bidang kewangan. Beliau mengusahakan gerai makanan dan minuman yang dibuka pada setiap petang. Selain itu, beliau turut menawarkan perkhidmatan COD untuk pelanggan beliau dengan menghantar kiriman makanan dan minuman ke setiap rumah pelanggan.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM50 – RM150 sahaja sebulan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau sering menghadiri kelas keusahawanan yang diadakan di PIK Kuala Kerik. Para petugas telah membimbing beliau tentang cara dan teknik memasarkan jualan di media sosial beliau seperti Facebook dan Instagram. Di samping itu, beliau juga telah mempelajari cara mengira untung dan rugi jualan. Puan Nurul Hidayah juga telah berjaya mencipta akaun Shopee sendiri dan kini beliau mula berjinak-jinak untuk memulakan perniagaan secara online juga.

USAHAWAN-1