USAHAWAN PAKAIAN WANITA

Nama :Nor Fatin Syuhaida binti Norizan 

Umur :29 Tahun

Ahli :2013

Latar belakang

 

Cik Nor Fatin Syuhaida kini bekerja sebagai kerani pejabat. Beliau mula berjinak-jinak sebagai usahawan pakaian wanita untuk dijadikan sebagai pendapatan sampingan beliau. Bermula dengan menjual secara atas talian, beliau belajar mempromosikan produk jualan beliau di Facebook dan juga ‘WhatsApp Status’. Pada awalnya, beliau agak sukar untuk menarik perhatian dan minat pelanggan. Akan tetapi, sikap ingin tahu dan ingin belajar yang tinggi dalam diri beliau telah membuatkan jualan beliau meningkat dari masa ke masa. Beliau kini sedang mempelajari teknik dan memasarkan produk di akaun Shopee beliau.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM20-RM50 sahaja sebulan

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

 

Beliau sering mengunjungi dan menghubungi petugas PEDi Kampung Kuala Kerik untuk mempelajari teknik dan cara yang lebih efektif untuk mempromosikan produk jualan beliau. Selain itu, Cik Nor Fatin Syuhaida juga sering menyertai bengkel dan kelas usahawan yang dianjurkan oleh petugas PEDi Kampung Kuala Kerik.Bukan itu sahaja, beliau turut hadir ke PEDi untuk mempelajari asas menggunakan komputer. Kini, keuntungan daripada hasil jualan bulanan semakin bertambah dan ramai pelanggan turut berpuas hati dengan produk jualan beliau.

USAHAWAN-2