USAHAWAN POPS MALAYA ICE BARS

Nama :Nur Aisyah Hanim binti Rosli

Umur :23 Tahun

Ahli :2021

Latar belakang

 

Puan Nur Aisyah Hanim merupakan seorang suri rumah dan baru mendirikan rumahtangga baru-baru ini. Beliau mula menjual Pops Malaya Ice Bars dan menjadikannya sebagai hobi beliau. Akan tetapi, hasil jualannya yang meningkat dari masa ke masa secara tidak langsung membuatkan beliau berjaya membantu suami beliau dalam menambah pendapatan bulanan mereka berdua. Kini, jualannya semakin laris dan mula dipasarkan di seluruh kawasan kampung dan daerah.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

 

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM50 – RM100 sahaja sebulan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

 

Beliau yang sering mengunjungi PEDi Kampung Kuala Kerik telah dibimbing oleh para petugas tentang cara untuk memasarkan produk jualan beliau. Beliau juga turut menghadiri kursus dan bengkel berkaitan keusahawanan yang diadakan di PEDi Kampung Kuala Kerik. Semangat dan sikap ingin belajar beliau yang tinggi telah banyak membantu beliau melariskan produk beliau hari demi hari.

USAHAWAN-1