USAHAWAN KEK DAN ROTI

Nama : Puan Shamsiah binti Sulaiman

Umur  : 40 Tahun

Ahli    : 2013

 

Latar Belakang

Puan Syamsiah mula menjalankan perniagaannya secara kecilan di sekitar komuniti. Beliau hanya menjalankan dirumah sahaja dan buat bila hanya menerima tempahan.

 

Sebelum penggunaan ICT/penglibatan PI

Beliau tidak pandai menngunakan komputer dan tidak pandai membuat kertas kerja perniagaan. Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM200 – RM500 sahaja sebulan. Jumlah produk dan pelanggan bulanan sedikit.

 

Selepas penggunaan ICT/penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh PI, beliau kini telah memiliki facebook sendiri yang dapat mempromosikan produk beliau secara meluas. Pelanggan beliau dari seluruh Negara yang mana mereka mengetahui produk jualan beliau melalui facebook tersebut. Beliau juga cekap dalam membuat buku kira-kira di komputer amnya Ms Eccel. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM1000 – RM2000. Pelanggannya semakin hari semakin bertambah dan sering mendapat tempahan dari masa ke semasa. Selain itu, beliau juga mampu membuka gerai sendiri dan mampu menjana pendapatan yang lumayan.

Puan Shamsiah