KEUSAHAWANAN : Nur Nafisah binti Harun

USAHAWAN SOS CILI

Nama : Puan Nur Nafisah binti Harun

Umur  : 52 Tahun

Ahli    : 2015

 

Latar Belakang

Puan Nafisah bermula dengan suka-suka dalam menghasilkan Sos Cili untuk kegunaan harian sahaja dari situ, Puan Napisah memberanikan diri untuk menjalankan perniagaan Sos Cili.Beliau juga dibantu oleh Koperasi Wawasan Kampung Kuala Kerik.

 

Sebelum penggunaan ICT/penglibatan PI

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM200 – RM500 sahaja sebulan. Jualan produknya hanya sedikit serta promosinya kurang mendapat sambutan.

 

Selepas penggunaan ICT/penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Kg. Kuala Kerik, beliau kini dapat mempromosikan hasil produk beliau. Pelanggan beliau dari seluruh Negara yang mana mereka mengetahui produk jualan beliau melalui promosi yang dijalankan. Beliau juga meletak produk beliau di kedai dan pasaraya. Pendapatan bulanan beliau juga bertambah yang kini mencecah RM700 – RM2000.

IMG 20180127 114324 COPY