USAHAWAN KEDAI MAKAN

Nama : Encik Muhammad Bakri Bin Md Piah

Umur  : 44 Tahun

Ahli    : 2013

 

Latar Belakang

Muhammad Bakri Bin Md Piah mula menjalankan perniagaannya dengan membuka sebuah kedai makan di kawasan kampung. Beliau dibantu oleh isterinya dan mengambil beberapa orang sebagai pekerja. Kedai makan beliau yang strategik terletak berdekatan kawasan sekolah dan klinik. Pelbagai jenis lauk pauk kampung yang sangat sedapm dan berpatutan.

 

Sebelum penggunaan ICT/penglibatan PI

Beliau tidak pandai menngunakan komputer dan tidak pandai membuat kertas kerja perniagaan. Oleh itu, agak sukar untuk beliau menguruskan kewangan dan maklumat yang mengunakan laman web.

 

Selepas penggunaan ICT/penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh PI, beliau kini dapat menguruskan data kedai beliau dengan lebih kemas dan tersusun. Beliau juga cekap dalam membuat buku kira-kira di komputer amnya Ms Excel dan menguruskan web berkaitan perniagaan beliau. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM1000 – RM2000, berbanding 200-700 sebelum ini. Dengan adanya kemahiran komputer memudahkan beliau mengurus tempahan dari masa ke semasa . Selain itu, beliau juga mampu mempelbagaikan menu makanan dan mampu menjana pendapatan yang lumayan.

 

Usahawan Bakri