USAHAWAN BAJU MELAYU DAN KURTA

Nama : Hazni bin Ismail 

Umur  : 35 Tahun

Ahli    : 2018

 

Latar belakang

Encik Azni bin Ismail sangat meminati jahitan baju dari dahulu. Dengan minat yang ada, beliau mencuba untuk menghasilkan baju melayu. Akhirnya berkat kesabaran, beliau mampu menghasilkan baju melayu dan kurta serta memasarnya sekitar komuniti. Kini berbekalkan modal dan usahanya, kini beliau mampu membuka kedai baju yang menjual pelbagai jenis baju melayu,kurta dan baju korporat. Beliau juga mampu menarik nafas lega kerana jenama beliau kini dikenaliSelain itu, beliau juga memasarkan secara online untuk memudahkan pelanggannya membeli.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM50 – RM100 sahaja sebulan. Jualan produknya hanya sedikit.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Kg. Kuala Kerik, beliau kini dapat mempromosikan hasil produk beliau. Pelanggan bertambah setelah mengetahui produk jualan beliau melalui promosi yang dijalankan. Pendapatan bulanan beliau juga bertambah yang kini mencecah RM500 – RM1000.

hazni