USAHAWAN PEMBUATAN KEK

Nama :  Nur Rosidah binti Hashim

Umur  : 32 Tahun

Ahli    : 2019

 

Latar belakang

Puan Yusniza binti Baharom merupakan usahawan muda dalam pembuatan kek di komuniti. Pada mulanya beliau hanya membuat untuk dimakan oleh diri sendiri. Hasil dorongan oleh suaminya, beliau banyak belajar dan menerokai dunia pembuatan kek bagi menghasilkan kek yang terbaik. Selepas itu, beliau mencuba menjual di kedai berhampiran dan menerima tempahan. Kini dengan usahanya, kek beliau mula dikenali ramai dan tidak putus menerima tempahan.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM80 – RM200 sahaja sebulan. Beliau tidak pandai menggunakan media sosial untuk mempromosikan produk beliau.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Kg. Kuala Kerik, beliau kini dapat mempromosikan hasil produk beliau. Pelanggan bertambah setelah mengetahui produk jualan beliau melalui promosi yang dijalankan. Pendapatan bulanan beliau juga bertambah yang kini mencecah RM300 – RM800.

USAHAWAN 1