R3 mykif4 Page 1 600x849

Anda mahir membuat video???

Berminat untuk berkongsi tutorial, panduan, tips, kaedah, cara penggunaan atau petua resepi???

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sedang menganjurkan Pertandingan Mencipta Video MYkomunitikreatif (‪#‎MYkif‬)

Terbuka kepada semua penduduk di komuniti Pusat Internet 1Malaysia (PI1M).

#MYkif merupakan sebuah platform untuk meggalakkan komuniti menghasilkan video dalam bentuk tutorial, panduan, tips, kaedah, cara penggunaan, petua, resipi atau lain-lain kandungan yang berkaitan.

Peserta dikehendaki menghasilkan video dalam bentuk tutorial, panduan, tips, kaedah, cara penggunaan, petua, resipi atau lain-lain kandungan yang berkaitan.

Contoh kandungan adalah seperti kaedah ringkasan tugasan rumah harian, kraftangan, pertukangan, perkongsian resipi, amalan petua, penjagaan kesihatan, fesyen atau pelancongan. Video yang dihasilkan hendaklah tidak melebihi 5 minit.

Semua penyertaan hendaklah dihantar melalui atas talian di http://mykif.mcmc.gov.my/ Laman web ini hanya akan dibuka bermula pada 23 Mac 2016 manakala tarikh tutup penyertaan adalah sebelum 30 November 2016.

Kunjungi Pusat Internet 1Malaysia Kg. Kuala Kerik untuk maklumat lanjut.

 

Pertandingan Keceriaan Bulan Kebangsaan Malaysia 2015 akan bermula 1 Ogos sehingga 31 Ogos 2015

 poster

Klik untuk muat turun borang penyertaan

 

Sejarah Daerah Sik

Sik merupakan daerah yang terletak dalam Negeri Kedah, Malaysia. Keluasan daerah Sik ialah 1635 km persegi, iaitu 17.35% dari keluasan Negeri Kedah. Daerah ini adalah daerah yang paling luas dalam Negeri Kedah. Ia bersempadan dengan daerah Padang Terap di sebelah barat laut, Negara Thailand di sebelah utara, daerah Baling di sebelah selatan, daerah Kuala Muda di sebelah barat daya dan daerah Pendang di sebelah barat.


Sik berasal daripada perkataan Arab iaitu ‘Syed’ atau ‘Sheikh’ dan jika disebut dalam loghat petani (Kelantan), ia berbunyi ‘Sik’. Sebutan di antara bunyi Sik dan Saik. Mubaligh-mubaligh Arab yang menbuka penempatan ini. Mereka berhenti dan singgah dengan perahu di Lubuk Tok Keramat, Sg Chepir, berdekatan dengan stesen minyak Shell sekarang, di pekan Sik. Mereka telah mendirikan perkhemahan di sebuah padang yang dikenali sebagai Padang Tok Sheikh. Tapak ini kemudian berkembang menjadi sebuah penempatan dan pondok yang pertama di daerah Sik dan mungkin yang pertama di negeri Kedah Darul Aman. Padang Tok Sheikh sekarang ini terletak berhampiran dengan Masjid Pekan Sik dan sekarang ini dibangunkan sebagai Kompleks Pejabat Agama Daerah Sik, Kedah.

Daerah Sik terbahagi kepada 4 mukim iaitu:
• Mukim Sik
• Mukim Sok
• Mukim Teloi
• Mukim Jeneri

Sub-kategori