Tarikh            : 24/08/2023

Masa             : 9.30am - 12.00pm

Tempat          : PEDi RTP Padang Besar

Peserta          : 6 peserta

TUJUAN

Mendedahkan peserta tentang faedah memasarkan perniagaan melalui Unifi Business dan mengenalpasti saluran-saluran media yang sesuai untuk memasarkan perniagaan seharian.

AKTIVITI

Para peserta mempelajari tips memasarkan perniagaan melalui Unifi Business. Mereka juga memahami kaedah-kaedah serta cara pengiklanan yang membantu dalam memasarkan perniagaan seharian

Lihat Gambar Disini

Tarikh            : 17/08/2023

Masa             : 10.00am - 12.00pm

Tempat          : Sekolah Kebangsaan Kg Betong 

Peserta          : 22 peserta

TUJUAN

Pendedahan tentang Klik Dengan Bijak (KDB) kepada para peserta. Ia juga bertujuan untuk memberi pengetahuan tentang kebaikan dan keburukan penggunaan internet. Selain itu, ia dapat memberi kesedaran tentang penggunaan internet dan dapat membudayakan penggunaan internet secara positif kepada peserta. Disamping itu, ia dapat mengurangkan statistik jenayah siber di Malaysia.

AKTIVITI

Penerangan dan pengenalan KDB kepada peserta. Peserta diajar cara penggunaan internet dengan betul supaya tidak disalahgunakan di kemudian hari. Selain itu, peserta juga diterapkan dengan nilai-nilai murni dengan mengamalkan sikap hormat menghormati ketika berkongsi pandangan. Disamping itu, peserta juga diajar cara melindungi maklumat peribadi daripada disalah guna.

Lihat Gambar Disini

Tarikh          : 25/07/2023

Masa           : 04.00pm - 05.00pm

Tempat        : PEDi Kampung Kuala Kerik

Peserta        : 4 peserta

TUJUAN

Kuiz ini diadakan untuk menguji keupayaan peserta untuk menguasai subjek matematik dan bahasa inggeris. Di samping itu, aktiviti ini juga dapat memberi manfaat kepada peserta supaya dapat membiasakan diri melakukan kuiz online.

AKTIVITI

Para peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah diminta untuk menjawab kuiz matematik dan bahasa inggeris secara atas talian menggunakan Quizizz

Lihat Gambar Disini

Tarikh            : 09/08/2023

Masa             : 10.00am - 12.00pm

Tempat          : PEDi Kampung Kuala Kerik

Peserta          : 28 peserta

TUJUAN

Mempromosikan PEDI disamping dapat menarik minat kanak-kanak untuk mengikuti aktiviti yang dijalankan di PEDI dan meningkatkan kreativiti kanak-kanak.

AKTIVITI

Para peserta telah diberikan poster yang bertemakan Hari Kemerdekaan. Peserta yang mewarna dengan kemas dan menarik dikira sebagai pemenang

Lihat Gambar Disini

Tarikh   : 20/07/2023

Masa    : 03.00pm - 04.30pm

Tempat : PEDi Kampung Kuala Kerik

Peserta : 6 peserta

TUJUAN

Pendedahan dan pengenalan tentang ICT. Selain itu, ia dapat memperoleh asas pengetahuan berkaitan penggunaan komputer serta manfaat dunia teknologi dan dapat digunakan pada masa depan.

AKTIVITI

Peserta dIberikan soalan tentang komponen komputer dan fungsinya dalam ICT. Peserta yang menjawab dengan tepat dan betul dikira sebagai pemenang.

Lihat Gambar Disini