Tarikh          : 14/04/2023

Masa           : 02.00pm - 5.00pm

Tempat        : PEDi Kampung Kuala Kerik 

Peserta        : 6 peserta

TUJUAN

Word Search Klik Dengan Bijak adalah untuk membudayakan penggunaan internet secara berhemah dalam kalangan peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah. Budaya penggunaan internet secara berhemah secara tidak langsung dapat menangani gejala buli siber yang semakin berleluasa pada zaman sekarang.

AKTIVITI

Para peserta mula mendalami isu buli siber dan cara-cara untuk menangani gejala tersebut. Mereka juga turut mempelajari terma-terma baharu yang berkait rapat dengan budaya Klik Dengan Bijak dalam aktiviti Word Search ini.

Lihat Gambar Disini

Tarikh          : 05/04/2023

Masa           : 09.00am - 1.00pm

Tempat        : PEDi Belantik

Peserta        : 8 peserta

TUJUAN

Untuk melahirkan komuniti yang dapat menjana pendapatan secara atas talian dan menambah pengetahuan dalam bedang e-dagang. Secara tidak langsung dapat melahirkan komuniti yang celik IT.

AKTIVITI

Peserta diajar menggunakan platform Agrobazaar Online untuk memasarkan produk. Mereka juga diberi tunjuk ajar tentang cara mempromosikan produk jualan secara atas talian seperti menggunakan poster yang menarik dan banyak lagi.

Lihat Gambar Disini

Tarikh          : 19/03/2023

Masa           : 10.00am - 1.00pm

Tempat        : PEDi Kampung Kuala Kerik

Peserta        : 1 peserta

TUJUAN

Untuk memberi bimbingan kepada peserta berkaitan penggunaan Microsoft PowerPoint.

AKTIVITI

Peserta diperkenalkan dengan Aplikasi Microsoft PowerPoint dan diberi tunjuk ajar untuk memilih slide, menambah slide, transition dan bagaimana untuk memasukan gambar ke dalam slide. Selepas sesi tunjuk ajar, peserta diberikan latihan untuk membuat slide sendiri untuk menguji tahap kefahaman mereka.

Lihat Gambar Disini

Tarikh          : 24/03/2023

Masa           : 03.00pm - 5.00pm

Tempat        : PEDi Kampung Kuala Kerik

Peserta        : 9 peserta

TUJUAN

Untuk menambah ilmu pengetahuan baru berkenaan bulan ramadhan dan melahirkan komuniti yang cintakan agama islam

AKTIVITI

Peserta diminta menjawab kuiz online bertemakan bulan ramadhan

Lihat Gambar Disini

Tarikh          : 16/03/2023

Masa           : 03.00pm - 6.00pm

Tempat        : PEDi Kampung Kuala Kerik

Peserta        : 7 peserta

TUJUAN

Tujuan utama pertandingan ini ialah untuk mengisi masa lapang peserta semasa musim cuti sekolah dengan aktiviti yang berfaedah. Aktiviti ini juga dapat meningkatkan tahap kreativiti peserta dengan aktiviti mencipta poster. Sebanyak 7 orang peserta yang terdiri daripada sekolah menengah dan sekolah rendah telah diajar mencipta sebuah poster menggunakan aplikasi Canva.

AKTIVITI

Para peserta diajar untuk menggunakan aplikasi Cava dan mereka diminta untuk mencipta satu poster untuk menguji tahap kefahaman mereka.

Lihat Gambar Disini