WIFI KOMUNITI (WK) DITUTUP
Berikutan pandemik Covid-19 dan keputusan kerajaan untuk melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga 14 April 2020, maka WIFI Komuniti (WK) akan ditutup sepanjang tempoh PKP bagi memastikan kawalan pergerakan di seluruh negara diperketatkan.
Keputusan untuk menutup WK adalah sejajar dengan PKP ini yang dibuat di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967.
Semua pelanggan Pascabayar dan Prabayar Celcom, Digi, Maxis dan U Mobile akan menerima internet berkelajuan tinggi percuma 1GB sehari, untuk digunakan di antara jam 8 pagi dan 6 petang, bermula 1 April 2020, dan akan berkuatkuasa sepanjang tempoh PKP.
Justeru, diharap komuniti setempat akan menggunakan internet percuma ini dengan sebaik mungkin.
Anda juga boleh melihat perkembangan semasa kes, kematian dan pemulihan Covid19 di seluruh dunia dengan melayari web
https://www.covidvisualizer.com/