Jika anda datang ke Kampung Kuala Kerik tidak salah untuk singgah di Kedai Makan Bidin bagi merasai Mee Kuahnya yang terkenal di sekitar ini. Digelar Mee Kuah Legend oleh penduduk setempat kerana sudah lama bertapak di sini serta keenakannya. Dengan berlatarkan sawah padi, pasti memberi anda suasana yang nyaman dan berbeza.

Jika anda ingin merasai keenakan Mee Kuah Bidin bolehlah ke Kedai Makan Bidin yang terletak di Kampung Kuala Kerik (tepi simpang ke Kg Sri Aman).