Tarikh : 13/05/2019 Masa : 03.00am - 05.00pm Tempat : Pusat Internet Kampung Kuala Kerik Peserta : 3 peserta |
TUJUAN
Pendedahan kepada Dashboard Komuniti dan pengenalan Dashboard Komuniti kepada peserta yang hadir. Selain itu, ia juga dapat menarik komuniti untuk datang ke PI dan menjadikan komuniti yang berwawasan ICT. Disamping itu, ia dapat mempromosikan PIM dan Dashboard Komuniti kepada komuniti serta dapat menggalakkan komuniti untuk menggunakan Dashboard Komuniti.
AKTIVITI
Penerangan Dashboard Komuniti kepada peserta. Peserta juga membuka Dashboard Komuniti dan membuat pengumuman di ruangan My Komuniti. Selain itu, peserta diajar cara menggunakan menu bar yang ada di Dashboard Komuniti.
Tarikh : 07/05/2019 Masa : 03.00am - 06.00pm Tempat : Pusat Internet Kampung Kuala Kerik Peserta : 1 peserta |
TUJUAN
Pendedahan dan kepada peserta dalam mempelajari Microsoft Word. Ia juga sebagai latihan untuk meningkatkan kemahiran serta dapat membantu peserta di masa akan datang. Selain itu, bengkel ini dapat memberi pengetahuan mendalam tentang Microsoft Word dan melahirkan komuniti celik IT.
AKTIVITI
Penerangan tentang aktiviti yang dijalankan. Selain itu, peserta membuat latihan praktikal dengan menambah table, dan menaip di Microsoft Word. Selain itu, peserta juga diajar menggunakan menu bar yang ada. Petugas membantu dan memberi tunjuk ajar tentang fungsi Microsoft Word kepada peserta.
Tarikh : 20/04/2019 Masa : 09.00am - 01.00pm Tempat : KEDA Resort Bendang Man Peserta : 80 peserta |
TUJUAN
Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada komuniti tentang program yang ada di PI seperti kelas komputer,klik dengan bijak dan lain-lain lagi. Selain itu, ia dapat mempromosikan PI kepada masyarakat di luar sana dan menjadikan PI sebagai pusat ICT komuniti.
AKTIVITI
Penerangan tentang program kepada peserta yang terlibat. Peserta dibahagi beberapa kumpulan untuk menjalankan aktiviti treasure hunt. Selain itu, setiap checkpoint ada halangan yang disediakan untuk memantapkan semangat berpasukan dan jati diri serta dapat memotivasikan peserta.
Tarikh |
: 20 APRIL 2019 |
Program |
: Program Bersama Pejabat Penerangan dan Skmm Utara |
Lokasi |
: Keda Resort Bendang Man |
Peserta |
: 80 pelajar |
Tarikh : 02/05/2019 Masa : 03.00am - 06.00pm Tempat : Pusat Internet Kampung Kuala Kerik Peserta : 2 peserta |
TUJUAN
Sebagai pendedahan dan latihan kepada peserta dalam mempelajari Microsoft Publisher. Selain itu, ia dapat memudahkan seseorang untuk membuat kad, jadual, catalog dan sebagainya. Disamping itu, kelas seperti ini dapat meningkatkan kemahiran peserta dalam menghasilkan layout graphic dengan mudah dan kreatif.
AKTIVITI
Penerangan tentang kelas yang dijalankan. Peserta membuat kad ucapan Sempena Hari Guru berdasarkan tema dan kreativiti peserta. Selain itu, peserta juga membuat jadual belajar menggunakan templates yang disediakan.
Tarikh : 14/04/2019 Masa : 09.00am - 01.00pm Tempat : Dataran Sik Lestari Peserta : 20 peserta |
TUJUAN
Mempromosikan Pusat Internet dan Dashboard Komuniti kepada orang awam. Disamping itu, ia dapat mengeratkan lagi hubungan antara PI dan masyarakat setempat. Selain itu, ia juga dapat menjadika komuniti yang celik IT dan bijak menggunakan internet.
AKTIVITI
Penerangan tentang fungsi PI kepada komuniti dan fungsi Dashboard Komuniti. Selain itu, pihak PI juga membuat pemeriksaan kesihatan (My Health). Disamping itu, kempen E-Waste turut dijalankan bagi menyemai perasaan cintakan bumi kita serta memberi taklimat tentang kesan e-sisa kepada kesihatan masyarakat.