Tarikh : 03/03/2019 Masa : 03.00am - 06.00pm Tempat : Pusat Internet Kampung Kuala Kerik Peserta : 2 peserta |
TUJUAN
Pendedahan Adobe Photoshop kepada peserta yang terlibat untuk lebih mengenali perisian Adobe Photoshop secara umumnya. Ia juga dapat mengembangkan kreativiti serta bakat peserta dalam melahirkan komuniti yang celik IT. Selain itu, ia membantu meningkatkan kemahiran mengedit gambar dan grafik digital. Disamping itu, ia juga dapat memahami secara amnya penggunaan Adobe Photoshop serta mampu menghasilkan imej grafik yang menariuk.
AKTIVITI
Penerangan pengenalan tentang Adobe Photoshop daripada Petugas. Selain itu, peserta diajar untuk mengedit gambar menggunakan panel yang disediakan di Adobe Photoshop. Disamping itu, peserta juga mengolah gambar supaya ia lebih kemas dan menarik. Peserta juga merekacipta logo mengikut tema yang diberikan dan mempelajari teknik penghasilan teks yang menarik.
BENGKEL DAN KUIZ DASHBOARD KOMUNITI
Tarikh : 25/03/2019 Masa : 02.00pm - 04.00pm Tempat : Pusat Internet Kampung Kuala Kerik Peserta : 7 peserta |
TUJUAN
Pendedahan kepada Dashboard Komuniti dan pengenalan Dashboard Komuniti kepada peserta yang hadir. Selain itu, ia dapat mengasah pemikiran peserta dalam menyelesaikan Kuiz yang diberikan. Ia juga dapat menjadikan aktiviti seperti ini sebagai aktiviti yang berfaedah kepada para peserta.
AKTIVITI
Penerangan Dashboard Komuniti kepada peserta. Peserta juga membuka Dashboard Komuniti dan membuat pengumuman di ruangan My Komuniti. Selain itu, peserta menjawab Kuiz yang diberikan didalam Dashboard Komuniti.
Tarikh : 09/02/2019 Masa : 03.00pm - 06.00pm Tempat : Pusat Internet Kampung Kuala Kerik Peserta : 8 peserta |
TUJUAN
Untuk meningkatkan vacabulary dalam bahasa Inggeris dan sebagai pendedahan berkomunikasi didalam Bahasa Inggeris. Selain itu, ia juga dapat menjadikan komuniti yang peka dalam berbahasa Inggeris. Disamping itu, aktiviti seperti ini dapat menarik minat komuniti untuk lebih dekat dengan PI.
AKTIVITI
Penerangan tentang aktiviti yang akan dijalankan. Peserta diberi Kuiz didalam Bahasa Inggeris dan diberikan masa untuk menjawab soalan tersebut. Selain itu, peserta juga berkomunikasi didalam Bahasa Inggeris sesama mereka.
Tarikh : 17/02/2019 Masa : 09.00am - 01.00pm Tempat : Pusat Komuniti Desa Sungai Semiar Peserta : 150 peserta |
TUJUAN
Untuk komuniti setempat mengemaskini Bantuan Sara Hidup 2019 secara terus kepada LHDN. Ia juga membolehkan komuniti mengetahui dengan lebih lanjut tentang BSH dan dapat mejimatkan masa dan kos komuniti. Selain itu, ia dapat menarik orang ramai ke PI dengan program yang diadakan di PI.
AKTIVITI
Penerangan tentang BSH daripada Pegawai LHDN dan penerangan oleh petugas PI tentang Dashboard Komuniti kepada yang hadir. Disamping itu, orang ramai mengemaskini BSH 2019 di kaunter LHDN yang disediakan. Komuniti juga dapat berdialog dengan Pegawai LHDN jika ada pertanyaan tentang BSH. Selain itu, komuniti yang hadir diterangkan tentang App Dashboard Komuniti dan menggalakan komuniti untuk install app tersebut. Ia bagi membolehkan komuniti mendapat informasi terkini daripada PI.
Tarikh : 05/02/2019 Masa : 02.00pm - 06.00pm Tempat : Perkarangan Pusat Internet Kampung Kuala Kerik Peserta : 77 peserta |
TUJUAN
Pendedahan tentang PI dan aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan oleh PI kepada komuniti dan pendedahan tentang ASB oleh pegawai ASNB. Selain itu, ia dapat memberi manfaat kepada masyarakat sekitar bagi membuka akaun ASB. Disamping itu, ia dapat memupuk komuniti untuk menyimpan didalam ASB.
AKTIVITI
Penerangan tentang PI dan ASB kepada tetamu yang hadir. Selain itu, warga komuniti membuka akaun ASB secara percuma mengikut kriteria yang ditetapkan. Disamping itu, orang ramai juga membuat semakan wang ASB di kaunter yang disediakan. Komuniti juga dapat berdialog secara terus dengan pegawai ASNB bagi bertanya tentang ASB.