Tarikh   : 20/06/2019

Masa    : 09.00am - 11.00pm

Tempat : Pusat Internet Kampung Kuala Kerik

Peserta :3 peserta

 

TUJUAN

Pendedahan dan pengenalan tentang ICT. Selain itu, ia dapat memperoleh asas pengetahuan berkaitan penggunaan komputer serta manfaat dunia teknologi dan dapat digunakan pada masa depan.

 

AKTIVITI

Penerangan tentang ICT dan fungsinya kepada dunia masa kini. Peserta juga diterangkan kegunaan ICT didalam masyarakat dan dunia. Selain itu, peserta mencari maklumat berkenaan ICT dengan melayari pelayar web sambil dibantu oleh Petugas. Disamping itu, peserta juga diberi pendedahan tentang komponen komputer dan fungsinya dalam ICT.

Lihat Gambar Disini

 

 

Tarikh   : 09/06/2019

Masa    : 03.00am - 06.00pm

Tempat : Pusat Internet Kampung Kuala Kerik

Peserta : 1 peserta

 

TUJUAN

Sebagai pendedahan kepada peserta dan untuk penyediaan kemahiran mengenai Microsoft Excel. Selain itu, ia juga untuk memahami penggunaan Microsoft Excel dengan sempurna untuk menyepurnakan tugasan.

 

AKTIVITI

Penerangan kepada peserta tentang Microsoft Excel supaya peserta dapat mengenali bahagian asas Microsft Excel. Selain itu, peserta didedahkan dengan kaedah untuk mengformat sel,lajur, baris dan sebagainya. Disamping itu, peserta diajar teknik pengiraan matematik dalam Microsft Excel.

Lihat Gambar Disini

 

 

 

KELAS MISCROSOFT PUBLISHER (MENCIPTA KAD RAYA)

Tarikh   : 30/05/2019

Masa    : 02.00am - 05.00pm

Tempat : Pusat Internet Kampung Kuala Kerik

Peserta : 3 peserta

 

TUJUAN

Sebagai pendedahan Microsoft Publisher kepada peserta. Selain itu, ia dapat mempelajari fungsi Miscorosft Publisher dan dapat mempraktikan di masa depan. Disamping itu, ia dapat menjadikan peserta lebih kreatif dalam melakukan tugasan yang berkaitan Miscrosoft Publisher. Ia juga dapat melahirkan komuniti yang celikt ICT dan mampu berdaya saing.

 

AKTIVITI

Penerangan tentang aktiviti pengenalan tentang Miscorosft Publisher beserta fungsi-fungsinya. Selain itu, peserta mencipta Kad Raya menggunakan Miscrosoft Publisher mengikut kreativiti masing-masing. Peserta juga dibantu oleh Petugas untuk pemahaman serta sebagai pembelajaran kepada peserta.

Lihat Gambar Disini

 

Tarikh   : 02/06/2019

Masa    : 09.00am - 01.00pm

Tempat : Pusat Internet Kampung Kuala Kerik

Peserta : 15 peserta

 

TUJUAN

Mempromosikan PIM dan Dashboard Komuniti kepada peserta. Selain itu, ia juga dapat mencungkil bakat peserta dalam menghasilkan sampul raya. Disamping itu, ia juga dapat melakukan aktiviti yang berfaedah di masa lapang.

 

AKTIVITI

Penerangan tentang Dashboard Komuniti dan aktiviti yang akan dijalankan. Peserta mencipta sampul raya mengikut kreativiti masing-masing. Peserta juga berbincang untuk menghasilkan sampul raya yang menarik dan terbaik.

Lihat Gambar Disini

 

Tarikh   : 18/05/2019

Masa    : 03.00am - 05.00pm

Tempat : Pusat Internet Kampung Kuala Kerik

Peserta : 10 peserta

 

TUJUAN

Sebagai pendedahan kepada Puzzle ICT di internet. Ia juga sebagai pembelajaran ICT kepada peserta disamping dapat meningkatkan pengetahuan tentang ICT. Selain itu, ia dapat melahirkan generasi yang cerdik ICT serta dapat mewujudkan komuniti yang celik IT.

 

AKTIVITI

Penerangan dan pengenalan tentang aktiviti yang dijalankan. Peserta bermain Puzzle ICT di internet berdasarkan link yang diberi. Peserta diberikan masa dan peserta yang pantas menyiapkan Puzzle dikira sebagai pemenang.

Lihat Gambar Disini