Tarikh   : 09/10/2017

Masa    : 03.00pm - 05.00pm

Tempat : Pusat Internet Kampung Kuala Kerik

Peserta : 7 peserta

 

IMG 20171006 152253 copy

 

TUJUAN

Pendedahan terhadap asas komputer. Selain itu, ia dapat meningkatkan tahap ICT di kalangan komuniti dan menjadikan komuniti yang celik IT.

 

AKTIVITI

Penerangan tentang fungsi komputer dan komponennya. Ia juga merangkumi pentingnya komputer pada masa sekarang dan masa depan. 

Tarikh   : 05/10/2017

Masa    : 03.00pm - 06.00pm

Tempat : Pusat Internet Kampung Kuala Kerik

Peserta : 24 Peserta

 

IMG20171009151854 copy

 

TUJUAN

Mencuci PI supaya lebih bersih dan teratur. Selain itu, ia dapat mengeratkan hubungan PI dengan komuniti.

 

AKTIVITI

Mengelap cermin di dalam PI dan di pintu. Selain itu, peserta mencuci dan mengemas peralatan di PI supaya lebih terurus dan sempurna.

 

 

Tarikh   : 14/09/2017

Masa    : 02.00pm - 04.00pm

Tempat : Pusat Internet Kampung Kuala Kerik

Peserta : 20 peserta

 

IMG20170918161229 copy

 

TUJUAN

Membentuk dan menyemai semangat patriotik di kalangan komuniti. Selain itu, ia dapat memberi kesedaran tentang penjajahan dahulu.

 

AKTIVITI

Tayangan video tentang perjuangan pahlawan dahulu sebagai menyuntik sejarah dahulu. Selain itu, peserta diberikan kuiz dan peserta yang cepat menjawab dikira pemenang. Disamping itu, aktiviti Gubahan Hari Malaysia turut diadakan. Peserta diminta membuat gubahan bertemakan Hari Malaysia mengikut kreativiti peserta. 

 

HARI DASHBOARD KOMUNITI PI KG KUALA KERIK

Tarikh   : 23/09/2017

Masa    : 09.00am - 02.00pm

Tempat : Pusat Internet Kampung Kuala Kerik

Peserta : 61 peserta

 

IMG 20170923 101715 copy

 

TUJUAN

Untuk mempromosikan Dashboard Pusat Internet kepada komuniti. Ia juga untuk memudahkan komuniti mengakses internet dan menggunakan Dashboard dengan bijak.

 

AKTIVITI

Taklimat dan penerangan tentang Dashboard kepada komuniti. Pelbagai bengkel Dashboard diadakan seperti bengkel My Komuniti, My Soal dan My Health. Peserta juga boleh menginstall app Dashboard di telefon bimbit untuk memudahkan peserta menggunakan Dashboard pada bila-bila masa.

 

 

Tarikh   : 13/09/2017

Masa    : 03.00pm - 06.00pm

Tempat : Pusat Internet Kampung Kuala Kerik

Peserta : 6 peserta

 

IMG 20170923 112623 - Copy 2

 

TUJUAN

Mencungkil bakat terpendam dikalangan komuniti dan sebagai pendedahan Dashboard Pusat Internet. Ia juga dapat menarik komuniti datang ke PI.

 

AKTIVITI

Peserta melukis berdasarkan tema Dashboard Pusat Internet. Peserta boleh mencari idea di internet dan mengubahnya mengikut kreativiti peserta. Lukisan yang terbaik akan dikira pemenang.