Tarikh : 10/12/2017 Masa : 03.00pm - 06.00pm Tempat : Pusat Internet Kampung Kuala Kerik Peserta : 7 Peserta |
TUJUAN
Pendedahan dunia baru khususnya Instagram kepada komuniti. Selain itu, ia sebagai alat komunikasi dengan dunia luar.
AKTIVITI
Penerangan tentang dunia media social kepada peserta. Selepas itu, peserta diajar membuat akaun Instagram dan cara-cara menggunakannya.
Tarikh : 05/12/2017 Masa : 03.00pm - 06.00pm Tempat : Pusat Internet Kampung Kuala Kerik Peserta : 16 Peserta |
TUJUAN
Membudayakan penggunaan internet secara positif dan menitik beratkan kawal selia sendiri kepada pengguna internet. Ia juga merupakan keselamatan berinternet kepada pengguna yang melayari laman sesawang.
AKTIVITI
Penerangan berkenaan Klik Dengan Bijak kepada peserta. Selain itu, penerangan tentang keselamatan berinternet di laman sesawang turut diambil perhatian. Peserta juga diajar bagaimana mengetahui maklumat yang benar dan palsu serta sebagai perlindungan di ICT.
Tarikh : 14/11/2017 Masa : 02.00pm -05.00 Tempat : Pusat Internet Kampung Kuala Kerik Peserta : 8 Peserta |
TUJUAN
Pendedahan Adobe Photoshop kepada komuniti. Ia juga dapat menarik minat peserta untuk belajar Adobe Photoshop dan mengedit gambar. Disamping itu, bengkel ini dapat membuka minda dan pemikiran tentang ICT.
AKTIVITI
Peserta diajar mengaplikasikan fungsi salah satu 'filter' dalam adobe photoshop. Selain itu, peserta mengedit gambar menggunakan kreativiti masing-masing.
BENGKEL ASAS KOMPUTER BERSAMA PELAJAR TABIKA KEMAS KG BETONG
Tarikh : 20/11/2017 Masa : 10.00am - 01.00pm Tempat : Pusat Internet Kampung Kuala Kerik Peserta : 10 Peserta |
TUJUAN
Pendedahan terhadap komputer kepada pelajar Tabika Kemas Kampung Betong. Selain itu, ia dapat membuka minda pelajar tentang teknologi terkini dan dapat menarik minat pelajar untuk lebih bersemangat datang ke PI.
AKTIVITI
Penerangan oleh petugas tentang Pengenalan Asas Komputer kepada pelajar. Selain itu, pelajar diajar menggunakan paint di komputer bagi meningkatkan kemahiran melukis. Disamping itu, pelajar didedahkan dengan Online Colouring bagi memahami IQ pelajar.
Tarikh : 09/11/2017 Masa : 02.00pm - 05.00pm Tempat : Perkarangan PI Kampung kuala kerik Peserta : 32 Peserta |
TUJUAN
Mengagih bantuan makanan kepada masyarakat setempat bagi menolong mereka yang memerlukan. Selain itu, ia dapat membudayakan sifat tolong-menolong dan dapat mengeratkan silaturahim sesama insan. Disamping itu, ia dapat mempromosikan PI kepada komuniti.
AKTIVITI
Taklimat daripada wakil RELA Sik sebagai mukadimah acara. Selepas itu, agihan bantuan makanan kepada komuniti setempat daripada RELA Sik dan PI Kg Kuala Kerik.