PROGRAM ADVOKASI DAN BENGKEL KLIK DENGAN BIJAK
Tarikh : 23/01/2018 Masa : 02.00pm - 05.00pm Tempat : Pusat Internet Kampung Kuala Kerik Peserta : 26 Peserta |
TUJUAN
Ia untuk menggalakkan peserta menggunakan Internet dengan bijak dan berhemat. Selain itu, dengan program ini, peserta dapat mengelak dari perkara yang negatif daripada media sosial dan membentuk peserta ke arah pengguna Internet yang berfikiran positif.
AKTIVITI
Penerangan tentang Klik Dengan Bijak dan media sosial. Peserta juga diajar dan dilatih untuk menggunakan Internet dengan kaedah yang betul supaya tidak terjebak dengan gejala yang tak diingini.
Tarikh : 18/01/2018 Masa : 02.00pm - 06.00pm Tempat : Pusat Internet Kampung Kuala Kerik Peserta : 8 Peserta |
TUJUAN
Sebagai pembelajaran dan pengenalan Miscrosoft Word kepada peserta serta komuniti. Ia juga membolehkan peserta menggunakan Microsoft Word dengan cekap dan berkesan serta menjadi warga yang celik IT. Selain itu, ia dapat mempromosikan latihan yang ada di PI kepada masyarakat dan komuniti setempat.
AKTIVITI
Penerangan Microsoft Word kepada peserta yang terlibat. Selain itu, peserta membuat latihan praktikal dengan pengisian seperti membuat surat, memasukkan imej serta membuat format penomboran halaman. Disamping itu, peserta diajar menggunakan menu yang ada di Microsoft Word supaya mahir dan bermanfaat pada masa akan datang.
Tarikh : 10/01/2018 Masa : 03.00pm - 05.00pm Tempat : Pusat Internet Kampung Kuala Kerik Peserta : 9 Peserta |
TUJUAN
Pendedahan ICT kepada peserta yang terlibat. Program ini dapat mendekatkan peserta dengan teknologi yang semakin berkembang pada masa kini. Ia juga sebagai pengenalan ilmu pengetahuan mengenai bidang teknologi maklumat.
AKTIVITI
Penerangan tentang ICT dan cara menggunakan komputer dengan betul serta bermanfaat. Peserta diajar menggunakan enjin carian seperti Goole Chrome dan Mozilla Firefox. Selain itu, peserta dilatih menggunakan Miscrosoft Word sebagai medium penulisan.
Tarikh : 13/01/2018 Masa : 10.00am - 01.00pm Tempat : Pusat Internet Kampung Kuala Kerik Peserta : 13 Peserta |
TUJUAN
Untuk menghubungkan PI dengan komuniti dan mendekatkan komuniti dengan Dashboard. Ia juga membolehkan komuniti mengetahui maklumat dan informasi yang terkini sebagai pengesian kepada masyarakat. Selain itu, aktiviti seperti ini dapat mempromosikan dan memperkenalkan Dashboard Komuniti kepada masyarakat.
AKTIVITI
Peserta menlog in dan menggunakan Dashboard Komuniti. Peserta diajar menggunakan ruangan 'My Komuniti' sebagai pendedahan untuk menyalurkan maklumat kepada masyarakat. Disamping itu, peserta juga menggunakan Dashboard Komuniti ini untuk berkomunikasi dengan masyarakat setempat.
Tarikh : 04/01/2018 Masa : 03.00pm - 05.00pm Tempat : Pusat Internet Kampung Kuala Kerik Peserta : 12 Peserta |
TUJUAN
Membina azam peserta dan memantapkan semangat komuniti yang terlibat. Selain itu, peserta dapat menetapkan sasaran atau target yang ingin dicapai pada tahun ini berdasarkan perancangan yang dibuat. Disamping itu, ia dapat memupuk semangat peserta untuk maju di masa akan datang.
AKTIVITI
Peserta diberikan video sebagai motivasi dalam membina azam baru. Selain itu, peserta menulis tentang azam tahun baru dan memberi idea tentang perancangan PI.