Tarikh : 27/12/2022 Masa : 09.00am - 01.00pm Tempat : PEDi Kampung Kuala Kerik Peserta : 3 peserta |
TUJUAN
Kelas ini diadakan untuk memudahkan peserta untuk belajar menggunakan komputer untuk tujuan pelajaran. Seperti melayari internet, menaip dan mengenali perkakasan komputer. Kelas ini secara tidak langsung dapat melahirkan komuniti yang celik IT.
AKTIVITI
Para peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah diajar cara untuk menggunakan komputer dengan cekap. selain itu, peserta juga diajar cara untuk mencari maklumat di internet untuk tujuan pelajaran
Tarikh : 19/12/2022 Masa : 9.00am - 12.00pm Tempat : PEDi Kampung Kuala Kerik Peserta : 5 peserta |
TUJUAN
Tujuan utama kelas ini ialah untuk memberi bimbingan kepada para peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah berkaitan penggunaan Mocrosoft PowerPoint. Kelas ini juga dapat melahirkan komuniti yang celik IT.
AKTIVITI
Para peserta diperkenalkan dengan aplikasi Microsoft PowerPoint dandiberi tunjuk ajar untuk memilih design slide, menambah slide, menambah transition menukar warna, saiz dan jenis font. Selain itu, para peserta juga diajar cara untuk memasukkan gambar ke dalam Microsoft PowerPoint. Selepas selesai sesi tunjuk ajar, peserta diberikan latihan iaitu membuat slide biodata diri untuk menguji tahap kefahaman peserta.
Tarikh : 10/12/2022 Masa : 02.00pm - 05.00pm Tempat : PEDi Kampung Kuala Kerik Peserta : 9 peserta |
TUJUAN
Aktiviti ini diadakan adalah untuk menguji tahap kreativiti peserta untuk menyambung garisan yang diberikan mengikut kreativiti masing-masing.
AKTIVITI
Para peserta diarahkan untuk memyambung garisan yang diberi oleh petugas PEDi mengikut kreativiti masing-masing. Peserta yang menghasilkan likisan yang menarik dikira sebagai pemenang.
Tarikh : 15/12/2022 Masa : 9.00am - 12.00pm Tempat : PEDi Kampung Kuala Kerik Peserta : 18 peserta |
TUJUAN
Tujuan utama kelas ini ialah untuk memberi bimbingan kepada para peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah berkaitan penggunaan Mocrosoft Word. Kelas ini juga dapat melahirkan komuniti yang celik IT.
AKTIVITI
Para peserta diperkenalkan dengan aplikasi Microsoft Word dan diberi tunjuk ajar untuk menaip karangan, menukar warna, saiz dan jenis font. Selain itu, para peserta juga diajar cara untuk memasukkan gambar ke dalam Microsoft word. Selepas selesai sesi tunjuk ajar, peserta diberikan latihan iaitu membuat kad hari lahir untuk menguji tahap kefahaman peserta.
Tarikh : 03/12/2022 Masa : 02.00pm - 05.00pm Tempat : PEDi Kampung Kuala Kerik Peserta : 6 peserta |
TUJUAN
Tujuan utama aktiviti ini diadakan adalah untuk menguji tahap kreativiti peserta untuk mencipta poster yang menarik bertemakan Fifa World Cup 2022. Aktiviti ini juga dapat membantu para peserta untuk mempelajari cara menggunakan laman web postermywall untuk mengedit poster mengikut kreativiti masing-masing.
AKTIVITI
Para peserta diberikan masa untuk mencipta poster bertemakan Fifa World Cup 2022 mengikut kreativiti masing-masing. Peserta yang mencipta poster yang menarik dikira sebagai pemenang