Tarikh : 20/09/2022 Masa : 03.00pm - 06.00pm Tempat : PEDi Kampung Kuala Kerik Peserta : 6 peserta |
TUJUAN
Tujuan utama kuiz ini diadakan ialah untuk mendedahkan kepada peserta tentang budaya Klik Dengan Bijak. Hal ini secara tidak langsung dapat menguji pengetahuan peserta apa yang dimaksudkan dengan Klik Dengan Bijak dan dapat menerapkan budaya berhemah semasa melayari internet.
AKTIVITI
Peserta diminta untuk menjawab kuiz berkaitan Klik Dengan Bijak mengikut masa yang telah ditetapkan. Peserta yang menyiapkan dengan pantas dan tepat dikira sebagai pemenang.
Tarikh : 14/09/2022 Masa : 03.00pm - 06.00pm Tempat : PEDi Kampung Kuala Kerik Peserta : 9 peserta |
TUJUAN
Kuiz ini diadadakan sempena sambutan Hari Malaysia yang ke-59. Tujuan utama kuiz ini diadakan ialah untuk memperingati peserta tentang pembentukan Malaysia diamana ia dapat memupuk semangat patriotik dalam diri peserta.
AKTIVITI
Peserta diminta untuk memjawab soalan yang telah disediakan oleh petugas Pusat Ekonomi Digital Kg Kuala Kerik mengikut masa yang telah ditetapkan. Peserta yang memperoleh markah yang tinggi dikira sebagai pemenang.
Tarikh : 02/09/2022 Masa : 02.00pm - 04.00pm Tempat : PEDi Kampung Kuala Kerik Peserta : 9 peserta |
TUJUAN
Aktiviti ini bertujuan untuk menguji minda para peserta mencari perkataan Bahasa Inggeris dalam permainan Word Search. Aktiviti ini juga dapat mengisi masa lapang peserta dengan perkara yang berfaedah dan secara tidak langsung dapat menarik minat peserta untuk datang ke Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi)
AKTIVITI
Para peserta diberikan masa dan diminta untuk mencari perkataan Bahasa Inggeris di dalam permainan Word Seach. Di mana, permainan ini dapat membantu para peserta untuk mengenali perkataan-perkataan baru dalam Bahasa Inggeris.
Tarikh : 06/09/2022 Masa : 02.00pm - 06.00pm Tempat : PEDi Kampung Kuala Kerik Peserta : 2 peserta |
TUJUAN
Bengkel resume ini diadakan untuk membantu peserta membuat resume dengan cara yang betul dan menarik untuk memohon pekerjaan. Di samping itu, bengkel ini juga dapat meningkatkan kemahiran peserta supaya dapat menggunakan Microsoft Office Word dengan lebih baik.
AKTIVITI
Peserta telah mempelajari asas penggunaan Microsoft Office Word sebelum memulakan bengkel. Kemudian, peserta diajar untuk membuat satu resume dengan lengkap dan menarik dengan menggunakal format yang betul.
Tarikh : 18/08/2022 Masa : 03.00pm - 06.00pm Tempat : PEDi Kampung Kuala Kerik Peserta : 7 peserta |
TUJUAN
Kelas ini bertujuan untuk membantu para peserta memperkasan kosa kata Bahasa Inggeris dalam kehidupan harian. Secara tidak langsung, kelas ini dapat membantu para peserta untuk membiasakan diri bertutur dan menulis menggunakan Bahasa Inggeris.
AKTIVITI
Para peserta diminta untuk senaraikan perkataan Bahasa Inggeris yang mereka tahu sebanyak yang boleh. Peserta boleh berbincang antara satu sama lain untuk berkongsi idea dan belajar bersama-sama maksud perkataan tersebut dalam Bahasa Melayu.