Tarikh : 12/01/2020 Masa : 3.00pm - 5.00pm Tempat : Pusat Internet Kampung Kuala Kerik Peserta : 5 peserta |
TUJUAN
Pendedahan tentang Dashboard Pusat Internet kepada peserta. Selain itu, dan ia dapat merapatkan PI dan komuniti setempat. Ia juga dapat membudayakan Dashboard Komuniti ini dikalangan komuniti. Disamping itu, ia juga dapat mempromosikan Dashboard Komuniti dan PI kepada komuniti.
AKTIVITI
Penerangan tentang Dashboard Pusat Internet kepada peserta yang terlibat. Peserta diterangkan fungsi Dashboard Komuniti dan kepentingannya kepada masyarakat. Peserta diajar menggunakan ruangan 'My Komuniti' sebagai pendedahan untuk menyalurkan maklumat kepada masyarakat.
Tarikh : 07/01/2020 Masa : 3.00pm - 5.00pm Tempat : Pusat Internet Kampung Kuala Kerik Peserta : 3 peserta |
TUJUAN
Pendedahan kepada peserta tentang media sosial. Selain itu, ia dapat melahirkan pengguna media sosial yang berhemat dan bijak. Ia juga dapat membantu peserta untuk mengikut peredaran zaman masa kini. Disamping itu, ia juga dapat menjadikan PI sebagai pusat ICT komuniti
AKTIVITI
Penerangan tentang aktiviti kepada peserta. Peserta mendaftar akaun Instagram sambil dibantu Petugas. Petugas memberi tunjuk ajar tentang fungsi Instagram dan membantu Peserta menggunakan Instagram dengan betul. Selain itu, peserta juga diajar tentang cara menggunakan media sosial dengan betul melalui kempen KDB supaya peserta menjadi pengguna internet yang berhemah.
Tarikh : 17/12/2019 Masa : 3.00pm - 5.00pm Tempat : Pusat Internet Kampung Kuala Kerik Peserta : 3 peserta |
TUJUAN
Pendedahan dan pengenalan media sosial seperti Twitter kepada peserta. Selain itu, ia dapat membantu peserta untuk mempunyai akaun Twitter serta dapat menggalakan peserta untuk lebih bersosial dia alam maya. Disamping itu, ia dapat berkomunikasi dengan senang dan cepat dengan orang ramai. Ia juga dapat membantu peserta untuk mengikut peredaran zaman masa kini.
AKTIVITI
Penerangan kepada peserta tentang aktiviti. Peserta diberi tunjuk ajar cara membuat akaun Twitter dengan betul. Selain itu, peserta juga didedahkan dengan kaedah menggunakan media sosial dengan betul. Peserta juga diberi bimbingan dalam menggunakan media sosial agar tidak melakukan perkara yang tidak elok.
Tarikh : 21/12/2019 Masa : 8.00pm - 1.00pm Tempat : Lata Mengkuang, Sik Peserta : 47 peserta |
TUJUAN
Mempromosikan PI dan fungsi PI kepada komuniti sekitar serta pendedahan kempen Sebenarnya.my dan Check Your Label. Selain itu, ia untuk membersihkan kawasan sekitar bagi menarik lebih ramai pengunjung untuk hadir. Disamping itu, ia untuk meningkatkan kesedaran untuk menjaga alam sekitar. Ia juga sebagai pendedahan Kempen Go Green kepada komuniti dalam mendidik komuniti bagi memulihara kehijauan.
AKTIVITI
Pengenalan dan penerangan tentang PI oleh Petugas PI kepada pengunjung yang hadir. Selain itu, kempen Check Your Label dan Sebenarnya.my turut diketengahkan kepada komuniti. Disamping itu, aktiviti gotong royong bagi membersihkan tempat dan kempen Go Green dari jabatan yang terlibat.
Tarikh : 07/12/2019 Masa : 3.00pm - 5.00pm Tempat : Pusat Internet Kampung Kuala Kerik Peserta : 4 peserta |
TUJUAN
Pendedahan kepada aplikasi Painting kepada peserta. Selain itu, dengan kelas ini ia dapat meningkatkan imaginasi peserta dalam menggunakan Paint. Ia juga dapat mencungkil bakat baru komuniti dalam melukis digital dan dapat meluangkan aktiviti yang berfaedah.
AKTIVITI
Penerangan tentang aktiviti yang dijalankan daripada Petugas. Peserta melukis menggunakan Paint mengikut tema yang diberikan mengikut kreativiti masing-masing. Selain itu, peserta juga dibantu oleh Petugas bagi mempelajari fungsi-fungsi yang ada pada Paint.