Tarikh   : 13/11/2018

Masa    : 02.00am - 05.00pm

Tempat : Pusat Internet Kampung Kuala Kerik

Peserta : 6 peserta

 

IMG20181108160329 COPY

 

TUJUAN

Pendedahan Microsoft Movie Maker kepada peserta. Selain itu, ia juga untuk mengetengahkan ilmu dan elemen yang terdapat pada Movie Maker tersebut. Selain itu, program ini dapat meningkatkan kemahiran dan menjadikan peserta celik IT. Disamping itu, ia dapat mengetengahkan bakat peserta dalam penghasilan video.

 

AKTIVITI

Penerangan Movie Maker kepada peserta yang terlibat. Peserta diberi slaid Movie Maker untuk pemahaman peserta. Selain itu, peserta mencipta video menggunakan Movie Maker sambil dibantu oleh petugas. Disamping itu, peserta diajar memasukkan video dan gambar daripada komputer sebagai bahan mencipta video. Peserta juga diajar cara memasukkan "background' muzik pada video dan menggunakan menu yang ada untuk mencantikkan dan mengemas video supaya lebih tersusun.

Lihat Gambar Disini

 

Tarikh   : 05/11/2018

Masa    : 02.00am - 05.00pm

Tempat : Pusat Internet Kampung Kuala Kerik

Peserta : 13 peserta

 

IMG20181101164142 COPY

 

TUJUAN

Pendedahan tentang Klik Dengan Bijak kepada peserta. Ia juga dapat mengelakkan gejala internet yang negatif dan mewujudkan komuniti yang bijak berinternet. Selain itu, ia dapat menjadikan persekitaran yang selamat untuk pengguna internet. Disamping itu, ia dapat memupuk komuniti yang positif didalam masyarakat siber.

 

AKTIVITI

Penerangan tentang Klik Dengan Bijak kepada peserta. Peserta diberi slaid dan web Klik Dengan Bijak untuk pemahaman. Selain itu, peserta juga diajar menggunakan internet secara bijak dan selamat. Disamping itu, peserta juga menjawab soalan kuiz Klik Dengan Bijak dan mencari jawapan di Internet.

Lihat Gambar Disini

 

Tarikh   : 23/10/2018

Masa    : 02.00pm - 05.00pm

Tempat : Pusat Internet Kampung Kuala Kerik

Peserta : 3 peserta

 

IMG 20181004 171347 COPY

 

TUJUAN

Pendedahan Microsoft Word kepada para peserta dalam meningkatkan kemahiran mereka. Selain itu, kursus seperti ini dapat memberi manfaat kepada peserta amnya pada masa hadapan. Disamping itu, ia boleh menjadikan peserta dan komuniti mahir dalam menggunakan komputer dan memberi galakan kepada komuniti. Peserta juga dapat menggunakan Microsoft Word dengan betul dan berkesan.

 

AKTIVITI

Peserta diberi penerangan tentang Microsoft Word daripada petugas. Selain itu, peserta membuat latihan dengan menaip cerita yang disediakan. Peserta juga diajar cara memasukkan gambar dan membuat 'table' pada Microsoft Word. Disamping itu, peserta diajar membuat carta dan menggunakan margin. Petugas juga memberi tunjuk ajar kepada peserta dalam memastikan peserta dapat pendedahan yang secukupnya.

Lihat Gambar Disini

 

ICT EXPLORACE

Tarikh   : 30/10/2018

Masa    : 02.00am - 05.00pm

Tempat : Pusat Internet Kampung Kuala Kerik

Peserta : 10 peserta

 

IMG20181027154831 COPY

 

TUJUAN

Untuk menarik minat peserta untuk beraktiviti sambil belajar tentang pengetahuan ICT. Selain itu, ia dapat memupuk semangat kerjasama berkumpulan dan meningkatkan ilmu ICT. Disamping itu, aktiviti ini dapat menarik minat peserta untuk datang ke Pusat Internet.

 

AKTIVITI

Peserta diberikan tugasan untuk mencari soalan tersembunyi di Pusat Internet dan jawapan di jawab pada komputer. Selain itu, peserta juga boleh mencari jawapan di Internet. Peserta juga boleh berbincang bersama kumpulan dalam menyelesaikan setiap soalan yang diberikan.

Lihat Gambar Disini

 

Tarikh   : 13/10/2018

Masa    : 08.00am - 02.00pm

Tempat : Pusat Internet Belantik

Peserta : 87 peserta

 

IMG 20181013 095457 COPY

 

TUJUAN

Untuk mempromosikan Pusat Internet kepada warga Belantik dan kawasan sekitarnya. Ia juga dapat memberi kesedaran tentang Klik Dengan Bijak dan Mobile E-Waste kepada komuniti. Selain itu, ia dapat menarik masyarakat untuk menyertai program dan aktiviti yang dijalankan di Pusat Internet dan dapat menjadikan komuniti yang celik IT serta menyumabang kepada negara.

 

AKTIVITI

Penerangan tentang perkhidmatan yang ditawarkan di Pusat Internet. Selain itu, komuniti di beri taklimat tentang Klik Dengan Bijak dan Kempen Mobile E-Waste demi meningkatkan penggunan internety yang bijak. Aktiviti lain seperti pemeriksaan kesihatan percuma turut dijalankan didalam program ini. Disamping itu, sukaneka juga diadakan pada sebelah pagi.

Lihat Gambar Disini