Tarikh : 12/04/2018 Masa : 02.00pm - 06.00pm Tempat : Surau Kampung Kenangan Peserta : 43 peserta |
TUJUAN
Pendedahan kepada ilmu dan pengetahuan dalam membuat bantal kepada komuniti khususnya golongan wanita. Program ini dapat membantu komuniti untuk menghasilkan bantal dengan sendiri dan meningkatkan lagi kemahiran peserta. Ia juga dapat mengeratkan lagi silaturahhim masyarakat setempat. Selain itu, program seperti ini dapat melahirkan masyarakat yang kreatif dan berdaya saing pada masa akan datang.
AKTIVITI
Penerangan tentang kelas yang dijalankan khusunya cara membuat bantal oleh Usahawan. Selepas itu, para peserta membuat bantal mengikut kreativiti masing-masing.
Tarikh : 09/04/2018 Masa : 02.00pm - 05.00pm Tempat : Pusat Internet Kampung Kuala Kerik Peserta : 7 peserta |
TUJUAN
Pendedahan Ms Publisher kepada peserta yang terlibat. Selain itu, ia untuk meningkatkan pengetahuan tentang Microsoft Publisher dan ICT kepada peserta.
AKTIVITI
Penerangan tentang Microsoft Publisher kepada peserta. Peserta juga diajar dan didedah dengan tools pada Microsoft Publisher serta melatih peserta untuk menggunakan tools tersebut dengan berkesan. Selain itu, peserta diajar cara membuat kad ucapan, kad nama dan banner untuk penggunaan masa depan kelak.
Tarikh : 02/04/2018 Masa : 09.00am - 11.00am Tempat : Pusat Internet Kampung Kuala Kerik Peserta : 13 peserta |
TUJUAN
Pendedahan dan Pengenalan tentang Klik Dengan Bijak kepada komuniti. Selain itu, dengan adanya kempen ini, ia mampu meningkatkan tahap penggunaan internet secara positif dan menghindari perkara yang negatif di alam maya. Disamping itu, program ini menfokuskan terhadap langkah utama yang perlu diperhati dan diamalkan semasa melayari internet.
AKTIVITI
Penerangan tentang Klik Dengan Bijak kepada peserta sebagai cara untuk meningkatkan tahap penggunaan internet secara baik dan positif. Selain itu, peserta diajar cara mengenalpasti laman web yang sahih serta maklumat yang benar sebagai langkah penyalahgunaan internet.
Tarikh : 08/04/2018 Masa : 09.00am - 12.00am Tempat : Pusat Internet Kampung Kuala Kerik Peserta : 8 peserta |
TUJUAN
Untuk mempromosikan dan memperkenalkan Dashboard Komuniti kepada komuniti sekitar. Ia juga sebagai langkah untuk menjadikan komuniti celik IT dan merapatkan hubungan social secara selamat sesama masyarakat. Ia juga meningkatkan tahap ICT dan pemikiran digital peserta yang terlibat.
AKTIVITI
Penerangan tentang Dashboard Komuniti kepada komuniti. Peserta menlog in Dashboard Komuniti dan menggunakannya. Selain itu, peserta menginstall Dashboard App di smartphpne sebagai kaedah untuk berhunbung dengan komuniti. Disamping itu, peserta menjawab kuiz Dashboard Komuniti yang telah dianjurkan.
SHOW MY TALENT@PI1M
Tarikh : 31/03/2018 Masa : 09.00am - 12.00pm Tempat : Pusat Internet 1Malaysia Kampung Kuala Kerik Peserta : 6 peserta |
TUJUAN
Menguji kemahiran berfikir peserta dalam menyelesaikan masalah dan untuk melihat kepantasan peserta. Ia juga dapat meningkatkan kemahiran berfikir peserta dalam urusan seharian. Selain itu, aktiviti ini dapat mewujudkan persaingan sihat di kalangan komuniti dalam mewujudkan persekitaran ICT.
AKTIVITI
Peserta meyusun puzzles yang berkaitan ICT untuk menjadi gambar yang lengkap dan kemas. Pemenang dikira berdasarkan kepantasan menyusun mengikut masa yang diberikan.