Tarikh : 02/01/2022 Masa : 02.30pm - -5.30pm Tempat : PEDi Kampung Kuala Kerik Peserta : 2 peserta |
TUJUAN
Bengkel ini diadakan bertujuan untuk membiasakan diri peserta untuk menggunakan Microsoft Office Word semasa menyiapkan tugasan folio. Selain itu, ia juga dapat membantu peserta untuk mengenali asas-asas penggunaan komputer dengan betul.
AKTIVITI
Para peserta telah diberi penerangan mengenai tugasan yang harus mereka siapkan. Kemudian, mereka diberikan masa untuk menyiapkan folio tersebut.
Tarikh : 21/12/2021 Masa : 02.30pm - 05.30pm Tempat : PEDi Kampung Kuala Kerik Peserta : 2 peserta |
TUJUAN
Kelas E-Pembelajaran Matematik dijalankan bagi membantu peserta yang tinggal di kawasan berdekatan yang tidak mempunyai kemudahan internet dan suasana pembelajaran yang kurang selesa. Dengan adanya kelas ini, ianya sedikit sebanyak telah membantu para peserta untuk mengulangkaji pelajaran dengan menggunakan kemudahan yang telah disediakan di PEDi.
AKTIVITI
Para peserta menggunakan PC dan beberapa kemudahan yang telah disediakan di PEDi, secara tidak langsung, mereka telah dapat mengulangkaji pelajaran dalam persekitaran yang selesa dan kondusif. Peserta telah menjawab kuiz dan memperoleh nota melalui internet.
Tarikh : 13/12/2021 Masa : 10.00am - 01.00pm Tempat : PEDi Kampung Kuala Kerik Peserta : 2 peserta |
TUJUAN
Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk membiasakan peserta mengenali asas penggunaan Paint. Ia juga bertujuan untuk melahirkan komuniti yang celik IT di samping dapat menghasilkan lukisan yang cantik setelah mengetahui asas penggunaan Paint.
AKTIVITI
Peserta telah diterangkan tentang asas-asas penggunaan Paint. Kemudian, mereka telah diberikan sebuah rajah dan mereka dikehendaki untuk menghasilkan rajah yang sama menggunakan ilmu asas penggunaan Paint yang telah dipelajari.
Tarikh : 17/12/2021 Masa : 10.00am - 12.00pm Tempat : PEDi Kampung Kuala Kerik Peserta : 3 peserta |
TUJUAN
E-Kuiz Dashboard Komuniti diadakan bertujuan untuk memperkenalkan tujuan Dashboard Komuniti didirikan kepada komuniti setempat. Kini, telah ramai yang mengetahui apa itu Dashboard Komuniti.
AKTIVITI
Para peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah telah menjawab kuiz dari laman web Kahoot mengenai Dashboard Komuniti.
Tarikh : 07/12/2021 Masa : 02.30pm - 05.30pm Tempat : PEDi Kampung Kuala Kerik Peserta : 3 peserta |
TUJUAN
Kuiz Klik Dengan Bijak telah diadakan untuk memfokuskan peserta kepada Kempen Klik Dengan Bijak. Kuiz ini sedikit sebanyak telah memberi kesedaran dan pengetahuan tentang budaya penggunaan internet secara berhemah kepada para peserta.
AKTIVITI
Para peserta telah membincangkan tentang budaya penggunaan internet secara berhemah. Kemudian, mereka menjawab beberapa soalan yang telah dikemukakan oleh petugas PEDi.