Tarikh : 10/05/2021 Masa : 09.00am - 12.00pm Tempat : Pusat Internet Kuala Kerik Peserta : 7 peserta |
TUJUAN
Para peserta menggunakan kreativiti masing-masing untuk menghasilkan sampul raya dengan menggunakan gunting, warna dan gam. Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk menyuntik semangat daya saing yang tinggi dalam kalangan peserta.
AKTIVITI
Para peserta mencetak corak dan rekabentuk sampul kesukaan masing-masing. Mereka menggunting dan mewarnakan sampul masing-masing dan mula menampal sehingga terhasilnya sampul raya.
Tarikh : 04/05/2021 Masa : 03.00pm - 05.00pm Tempat : Pusat Internet Kuala Kerik Peserta : 2 peserta |
TUJUAN
Para peserta bengkel yang merupakan pelajar sekolah rendah telah didedahkan kepada Google Images dan cara-cara menggunakannya. Pendedahan ini bertujuan untuk melahirkan komuniti yang celik IT dan merapatkan jurang digital antara komuniti setempat.
AKTIVITI
Peserta telah diajar cara-cara untuk menggunakan Google Images. Selain itu, peserta juga telah diajar teknik-teknik mencari gambar yang mempunyai kualiti tinggi bagi memudahkan kerja PDPR yang akan dijalankan oleh pihak sekolah kelak.
Tarikh : 22/04/2021 Masa : 02.30pm - 04.30pm Tempat : Pusat Internet Kuala Kerik Peserta : 1 peserta |
TUJUAN
Peserta yang merupakan lepasan sekolah telah diajar cara mencipta emel. Penggunaan dan kelebihan menggunakan emel turut diperkenalkan kepada peserta bengkel.
AKTIVITI
Peserta dikehendaki membina akaun emel sendiri dengan bimbingan petugas Pusat Internet. Peserta juga telah mempelajari cara menggunakan emel dengan baik.
Tarikh : 30/04/2021 Masa : 10.am - 11.00am Tempat : Pusat Internet Kuala Kerik Peserta : 2 peserta |
TUJUAN
Bengkel Dashboard Komuniti yang diadakan bertujuan untuk menyuntik semangat para peserta yang kebetulan bakal menempuh alam sekolah menengah pada 2021.
AKTIVITI
Peserta dikehendaki menulis ucapan yang bertujuan memberikan semangat dan dorongan untuk mereka dan rakan-rakan menempuh alam persekolah kelak.
Tarikh : 18/04/2021 Masa : 02.00pm - 05.00pm Tempat : Pusat Internet Kuala Kerik Peserta : 3 peserta |
TUJUAN
Bengkel ini diadakan untuk memberikan penerangan dan asas-asas penggunaan Microsoft Office Word kepada para peserta. Kelebihan menggunakan Microsoft Office Word juga turut didedahkan kepada para peserta yang menyertai bengkel ini.
AKTIVITI
Peserta diajar cara menggunakan Microsoft Office Word. Para peserta telah diajar asas menaip dan menggunakan Microsoft Office Word.