Tarikh           : 03/10/2021

Masa            : 10.00am - 12.00pm

Tempat         : Pusat Internet Komuniti Kampung Kuala Kerik

Peserta         : 2 peserta

TUJUAN

Kelas asas penggunaan komputer diadakan bertujuan untuk mendedahkan peserta kepada asas penggunaan komputer yang betul.  Kelas ini sedikit sebanyak dapat melahirkan komuniti yang celik IT.

AKTIVITI

Peserta yang terdiri daripada golongan wanita telah diajar cara menaip, cara melayari internet dan beberapa asas penggunaan yang lain. Selain itu, peserta juga telah diperkenalkan kepada perkakasan komputer.

Lihat Gambar Disini

Tarikh          : 30/7/2021

Masa           : 10.00am - 01.00pm

Tempat        : Aplikasi Google Meet

Peserta        : 7 peserta

TUJUAN

Kelas Pengenalan Shopee diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan asas menjual produk di akaun Shopee para usahawan yang terdiri daripada komuniti setempat. Pendedahan ini bertujuan untuk menggalakkan para usahawan untuk sentiasa bersemangat dalam menjana pendapatan pada musim pandemik ini.

AKTIVITI

Petugas telah menerangkan cara-cara menjual produk di akaun Shopee. Teknik jualan juga turut diajar oleh petugas kepada para peserta.

Lihat Gambar Disini

Tarikh           : 24/05/2021

Masa            : 09.00am - 11.00am

Tempat         : Pusat Internet Kuala Kerik

Peserta         : 3 peserta

TUJUAN

Bengkel Microsoft Office Word diadakan bertujuan untuk mendedahkan para peserta kepada asas penggunaan Microsoft Office Word. Di samping itu, para peserta juga telah diajar asas-asas menaip dan juga teknik-teknik mencipta risalah.

AKTIVITI

Para peserta telah diajar cara menaip dan cara mencipta risalah. Pelbagai teknik dan tips telah dipelajari peserta untuk menghasilkan sebuah risalah yang cantik dan kreatif.

Lihat Gambar Disini

Tarikh           : 27/05/2021

Masa            : 03.00pm - 05.00pm

Tempat         : Pusat Internet Kuala Kerik

Peserta         : 4 peserta

TUJUAN

Kelas Storyboard yang telah disertai oleh peserta-peserta yang berumur 12 tahun bertujuan untuk mendedahkan teknik-teknik menghasilkan storyboard yang menarik dan kreatif. Kelas Storyboard yang dijalankan sedikit sebanyak dapat mencungkil bakat para peserta dalam bidang suntingan gambar dan video.

AKTIVITI

Para peserta telah diajar cara-cara menggunakan storyboard. Kemudian, mereka dikehendaki menghasilkan sebuah jalan cerita/karya menggunakan storyboard. Aktiviti ini secara tidak langsung dapat melahirkan komuniti yang celik IT.

Lihat Gambar Disini

Tarikh       : 12/05/2021

Masa        : 08.00am - 10.00am

Tempat     : Pusat Internet Kuala Kerik

Peserta     : 11 peserta

TUJUAN

Puzzle Dashboard Komuniti diberikan kepada para peserta bertujuan untuk mengasah minda melalui puzzle yang diberikan. Selain itu, ia juga bertujuan mendedahkan para peserta kepada Dashboard Komuniti Kampung Kuala Kerik.

AKTIVITI

Para peserta diberikan puzzle yang mempunyai perkataan "Dashboard Komuniti". Mereka dikehendaki mencari seberapa banyak bilangan perkataan dan pemenang dikira berdasarkan jumlah perkataan yang dijumpai.

Lihat Gambar Disini