Tarikh          : 12/04/2021

Masa           : 03.00pm - 06.00pm

Tempat        : Pusat Internet Kuala Kerik

Peserta        : 7 peserta

TUJUAN

Bersempena dengan bulan Ramadhan 2021, PIK Kg. Kuala Kerik telah mengadakan kelas Postermywall Ramadhan untuk para peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah. Peserta telah diajar asas-asas untuk menggunakan Postermywall dan pada akhir aktiviti ini, para peserta telah dapat menghasilkan poster yang cantik dan menarik.

AKTIVITI

Para peserta dikehendaki menghasilkan sebuah poster yang menarik bertemakan Ramadhan. Poster yang paling menarik sekali telah dipilih sebagai pemenang.

Lihat Gambar Disini

Tarikh          : 08/04/2021

Masa           : 02.30pm - 05.30pm

Tempat        : Pusat Internet Kuala Kerik

Peserta        : 6 peserta

TUJUAN

Kuiz bertemakan alat perkakasan komputer diadakan bertujuan untuk memperkenalkan alat-alat perkakasan komputer kepada para peserta. Kuiz ini secara tidak langsung dapat melahirkan komuniti yang celik IT dan mempunyai semangat daya saing yang tinggi.

AKTIVITI

8 rajah telah diberikan oleh petugas kepada peserta. Mereka dikehendaki menamakan alat-alat perkakasan tersebut dengan jawapan yang paling tepat. Peserta yang memperoleh markah yang tinggi dikira sebagai pemenang.

Lihat Gambar Disini

Tarikh         : 27/03/2021

Masa          : 02.00pm - 05.00pm

Tempat       : Pusat Internet Kuala Kerik

Peserta       : 12 peserta

TUJUAN

Memperkenalkan peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah kepada kempen Klik Dengan Bijak. Para peserta telah didedahkan kepada budaya penggunaan internet secara positif dan berhemah.

AKTIVITI

Petugas telah menerangkan mesej kempen Klik Dengan Bijak kepada para peserta. Kemudian, mereka telah ditugaskan untuk melakukan aktiviti "Word Search" berkaitan dengan kempen yang diadakan. Aktiviti ini secara tidak langsung dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara para peserta di samping dapat memupuk komuniti yang menggunakan internet dengan bijak.

Lihat Gambar Disini

Tarikh           : 03/04/2021

Masa            : 02.30pm - 05.30pm

Tempat         : Pusat Internet Kuala Kerik

Peserta         : 3 peserta

TUJUAN

Memperkenalkan peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah menengah kepada asas-asas penggunaan Microsoft Office Publisher. Pendedahan ini akan memudahkan para peserta untuk menyelesaikan tugasan-tugasan penting di universiti kelak.

AKTIVITI

Petugas menerangkan tentang kelebihan dan kebaikan Microsoft Office Publisher kepada para peserta. Para peserta kemudian dikehendaki untuk mencipta kad ucapan dengan menggunakan Microsoft Office Publisher.

Lihat Gambar Disini

Tarikh          : 23/03/2021

Masa           : 10.00am - 01.00pm

Tempat        : Pusat Internet Kuala Kerik

Peserta        : 1 peserta

TUJUAN

Peserta bengkel didedahkan kepada penggunaan Microsoft Office Powerpoint dan asas-asas penggunaannya. Kepentingan Microsoft Office Powerpoint juga turut diperkenalkan kepada peserta agar penggunaannya memberikan manfaat kepada peserta terutamanya pelajar IPT/IPTS.

AKTIVITI

Petugas telah menerangkan cara-cara menggunakan Microsoft Office Powerpoint kepada peserta. Peserta dikehendaki menghasilkan "slideshow" berdasarkan penerangan yang telah diberikan oleh petugas.

Lihat Gambar Disini