Tarikh          : 19/02/2021

Masa           : 02.00pm - 04.00pm

Tempat        : Pusat Internet Kuala Kerik

Peserta        : 2 peserta

TUJUAN

Tayangan video berunsurkan motivasi diadakan bertujuan untuk memupuk nilai-nilai murni dalam diri peserta. Selain itu, peserta dapat mempraktikkan nilai-nilai murni yang diperoleh melalui tayangan video ini apabila melangkah ke dunia luar.

AKTIVITI

Peserta ditugaskan untuk menonton dan menghayati video berunsurkan motivasi. Pada akhir aktiviti, peserta diminta untuk mengulas tentang pengajaran dan unsur-unsur nilai murni yang diperoleh melalui video tersebut.

Lihat Gambar Disini

Tarikh            : 15/02/2021

Masa              : 10.00am - 01.00pm

Tempat           : Pusat Internet Kuala Kerik

Peserta           : 2 peserta

TUJUAN

Bengkel ini diadakan bertujuan untuk memperkasa kembali "Klik Dengan Bijak" kepada para peserta. Bengkel ini memfokuskan kepada pelajar sekolah menengah supaya pengetahuan tentang "Klik Dengan Bijak" dapat ditingkatkan dalam diri peserta dari masa ke masa. Selain itu, ia juga bertujuan untuk menerapkan budaya "Klik Dengan Bijak" dalam diri peserta di samping dapat melahirkan komuniti yang celik IT dan peka terhadap penggunaan internet.

AKTIVITI

Para peserta telah didedahkan tentang tujuan utama "Klik Dengan Bijak" diadakan. Penerangan oleh petugas tentang kempen "Klik Dengan Bijak" dapat melahirkan peserta yang boleh membudayakan penggunaan internet secara positif.

Lihat Gambar Disini

Tarikh           : 02/02/2021

Masa            : 09.00am - 12.00pm

Tempat         : Pusat Internet Kuala Kerik

Peserta         : 1 peserta

TUJUAN

Peserta diberikan pendedahan tentang Facebook dan kelebihan menggunakan Facebook kepada pengguna, terutamanya kepada para usahawan. Kelas ini juga diadakan adalah untuk melahirkan komuniti yang celik IT di samping dapat menambah pendapatan sampingan menggunakan Facebook.

AKTIVITI

Peserta diajar cara untuk mendaftar akaun Facebook dengan bimbingan daripada petugas. Peserta telah diajar teknik-teknik untuk mempromosi produk jualan di Facebook.

Lihat Gambar Disini

Tarikh           : 09/02/2021

Masa             : 09.00am - 12.00pm

Tempat          : Pusat Internet Kuala Kerik

Peserta          : 2 peserta

TUJUAN

Peserta diberikan pendedahan tentang resume dan kepentingannya sebagai panduan untuk mencari kerja. Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk memastikan peserta dapat menghasilkan resume yang baik dan berkualiti di samping membuka peluang kepada peserta untuk dipanggil temuduga. Bengkel ini juga bertujuan untuk melahirkan komuniti yang celik IT dan berdaya saing.

AKTIVITI

Peserta dibimbing oleh petugas untuk membina resume menggunakan Microsoft Office Word. Peserta juga telah diberikan tunjuk ajar tentang format lengkap penulisan resume yang boleh digunakan semasa mencari kerja kelak. Peserta dapat menghasilkan resume yang baik dan lengkap pada akhir bengkel.

Lihat Gambar Disini

 

Tarikh           : 25/01/2021

Masa            : 02.00pm - 05.00pm

Tempat         : Pusat Internet Kuala Kerik

Peserta         : 3 peserta

TUJUAN

Kuiz Uji Minda yang diberikan kepada para peserta yang bertemakan "Online Safety". Pendedahan tentang keselamatan semasa menggunakan internet supaya para peserta dapat melindungi diri daripada jenayah-jenayah siber yang berlaku pada masa ini. Di samping itu, kuiz ini juga bertujuan memberikan pendedahan kepada peserta tentang peraturan keselamatan semasa menggunakan internet.

AKTIVITI

Petugas menerangkan tentang keselamatan semasa menggunakan internet kepada para peserta terlebih dahulu. Kemudian, para peserta diberikan kuiz oleh petugas dan diberikan masa untuk menjawab kuiz yang bertajuk "Online Safety". Kuiz tersebut merupakan kuiz dalam bentuk aktiviti "Word Search".

Lihat Gambar Disini