Tarikh : 06/07/2020 Masa : 10.00am - 12.00pm Tempat : Pusat Internet Kampung Kuala Kerik Peserta : 1 peserta |
TUJUAN
Pendaftaran tahun 1 online bagi sesi persekolahan 2021/2022. Selain itu, ia dapat mendekatkan ibubapa dengan PI dan secara langsung dapat mengeratkan silaturahim. Ia juga dapat memberi pendedahan ICT kepada peserta.
AKTIVITI
Penerangan tentang aktiviti oleh Petugas. Peserta membuat permohonan tahun 1 online sambil dibantu Petugas.
Tarikh : 22/06/2020 Masa : 10.00am - 12.00pm Tempat : Pusat Internet Kampung Kuala Kerik Peserta : 1 peserta |
TUJUAN
Pendedahan kepada peserta tentang Microsoft Word. Peserta mempelajari cara menggunakan Microsoft Word dengan betul dan sebagai latihan bagi memantapkan kemahiran peserta. Selain itu, ia sebagai persediaan di masa hadapan kepada peserta.
AKTIVITI
Penerangan tentang latihan yang akan dijalankan kepada peserta. Peserta diajar cara menaip dan menggunakan menu yang ada sambil dibantu oleh Petugas. Selain itu, peserta diberikan latihan praktikal bagi mengasah kemahiran peserta.
Tarikh : 05/03/2020 Masa : 10.00pm - 01.00pm Tempat : Pusat Internet Kampung Kuala Kerik Peserta : 6 peserta |
TUJUAN
Permohonan tahun 1 online untuk bakal pelajar tahun 2021. Selain itu, ia dapat menggalakkan komuniti untuk mengikuti aktiviti di PI serta dapat menggunakan PI sebagai tempat ICT komuniti. Disamping itu, ia memudahkan dan menjimatkan masa ibubapa untuk memohon online tanpa perlu ke sekolah. Ia juga dapat mendidik ibubapa betapa pentingnya pengetahuan ICT pada zaman sekarang.
AKTIVITI
Penerangan kepada peserta atau waris pelajar tentang aktiviti yang dijalankan. Peserta mencipta emel terlebih dahulu untuk tujuan permohonan online tahun 1. Selepas itu, waris mendaftar dan membuat permohonan tahun 1 online bagi anak mereka sambil dibantu petugas.
Tarikh : 08/03/2020 Masa : 09.00am - 01.00pm Tempat : Dewan Serbaguna Kg KEDA Bendang Man Peserta : 30 peserta |
TUJUAN
Pendedahan kepada komuniti tentang peranan PI dan program yang dijalankan di PI. Selain itu, komuniti diterangkan dengan kempen KDB dan Dashboard Komuniti bagi mewujudkan komuniti yang celik ICT dan memantapkan kemahiran berinternet. Disamping itu, komuniti didedahkan dengan Sahabat Amanah oleh Cikgu Amanah Ikhtiar.
AKTIVITI
Penerangan aktiviti dan Dashboard Komuniti kepada komuniti. Peserta juga didedahkan dengan kempen KDB bagi penggunaan internet dengan betul. Disamping itu, aktiviti ICT juga diadakan bagi menarik masyarakat untuk lebih mengenali ICT. Selain itu, sukaneka juga dijalankan bagi memeriahkan program.
Tarikh : 24/02/2020 Masa : 03.00pm - 05.00pm Tempat : Pusat Internet Kampung Kuala Kerik Peserta : 9 peserta |
TUJUAN
Pendedahan Dashboard Komuniti kepada peserta. Selain itu, ia dapat membudayakan penggunaan Dashboard Komuniti kepada masyarakat supaya masyarakat dapat menggunakannya. Disamping itu, ia boleh mendidik komuniti untuk berkongsi maklumat terkini dan dapat mewujudkan hubungan di alam maya. Ia juga dapat mempromosikan Dashboard Komuniti kepada komuniti setempat.
AKTIVITI
Penerangan tentang Dashboard Komuniti dan Dashboard App kepada peserta. Peserta diajar cara menggunakan dan fungsinya kepada komuniti. Selain itu, peserta membuat hebahan maklumat terkini di My Komuniti.