Tarikh   : 10/12/2020

Masa    : 3.00pm - 05.00pm

Tempat : Pusat Internet Kampung Kuala Kerik

Peserta : 5 Peserta

 

TUJUAN

Dapat meningkatkan pengetahuan peserta berkaitan jenis virus yang dapat menyerang komputer.Peserta dapat mengenali setiap jenis dan cara virus menyerang komputer.

 

AKTIVITI

Menberi taklimat pengenalan jenis virus, cara untuk mengetahui maklumat berkaitan dengan virus komputer supaya peserta lebih berhati-hati dalam mengunakan komputer mereka.

Lihat Gambar Disini

 

 

Tarikh   : 05/11/2020

Masa    : 10.00pm - 01.00pm

Tempat : Pusat Internet Kampung Kuala Kerik

Peserta : 10 Peserta

 

TUJUAN

Sebagai pendedahan kepada laman web SENARNYA.MY kepada peserta. Selain itu, ia untuk para peserta menyemak kesahihan sesuatu berita di media sosial. Disamping itu, ia untuk mengekang penyebaran berita palsu di media sosial. Disamping itu, ia juga dapat membudayakan kempen 'tidak pasti, jangan kongsi' dikalangan komuniti.

 

AKTIVITI

Pengenalan dan penerangan SEBENARNYA.MY kepada peserta yang terlibat. Peserta melayari web SEBENARNYA.MY untuk melihat dan menyemak kesahihan berita di dalam negara. Selain itu, peserta di tekankan dengan bahaya berita palsu serta menviralkan sesuatu berita tidak sahih.

Lihat Gambar Disini

 

 

Tarikh   : 20/10/2020

Masa    : 02.00pm - 05.00pm

Tempat : Pusat Internet Kampung Kuala Kerik

Peserta : 2 Peserta

 

TUJUAN

Pendedahan tentang SPA9 dan permohonan kerja bagi sektor Kerajaan. Selain itu, ia juga dapat memberi pendedahan kepada Peserta untuk memohon SPA9 dan dapat memudahkan peserta untuk memohon kerja Kerajaan. Disamping itu, ia dapat meningkatkan daya digital dalam komuniti.

 

AKTIVITI

Pengenalan dan penerangan SPA9 kepada peserta. Peserta mengisi maklumat yang diperlukan sambil dibantu Petugas.

Lihat Gambar Disini

 

 

 

Tarikh   : 30/10/2020

Masa    : 03.00pm - 06.00pm

Tempat : Pusat Internet Kampung Kuala Kerik

Peserta : 15 Peserta

 

TUJUAN

Pendedahan tentang Klik Dengan Bijak (KDB) kepada para peserta. Ia juga bertujuan untuk memberi pengetahuan tentang kebaikan dan keburukan penggunaan internet. Selain itu, ia dapat memberi kesedaran tentang penggunaan internet dan dapat membudayakan penggunaan internet secara positif kepada peserta. Disamping itu, ia dapat mengurangkan statistik jenayah siber di Malaysia.

 

AKTIVITI

Penerangan dan pengenalan KDB kepada peserta. Peserta membuka websites Klik Dengan Bijak Selain itu, peserta juga diajar cara penggunaan internet dengan betul supaya tidak disalahgunakan di kemudian hari. Selain itu, peserta juga diterapkan dengan nilai-nilai murni dengan mengamalkan sikap hormat menghormati ketika berkongsi pandangan. Disamping itu, peserta juga diajar cara melindungi maklumat peribadi daripada disalah guna.

Lihat Gambar Disini

 

Tarikh   : 12/10/2020

Masa    : 02.00pm - 06.00pm

Tempat : Pusat Internet Kampung Kuala Kerik

Peserta : 2 Peserta

 

TUJUAN

Pendedahan Microsoft Word kepada peserta. Kemahiran dalam Microsoft Word sangat penting dalam kalangan individu dan ia sangat berguna untuk keperluan perniagaan dan tujuan asas seharian. Disamping itu, ia sebagai memenuhi keperluan pengguna pada masa kini. Selain itu, ia dapat mempromosikan latihan di PI kepada komuniti bagi menarik komuniti berkunjung ke PI itu sendiri.

 


AKTIVITI

Pengenalan dan penerangan Microsoft Word daripada Petugas.Peserta mempelajari asas menaip seperti karangan dan surat. Selain itu, peserta diterangkan tentang kegunaan fungsi tools yang ada pada Microsoft Word. Disamping itu, peserta membuat jadual, lajur dan ciri format lain serta membuat teks berformat dan perenggan. Peserta diberikan latihan praktikal untuk memantapkan kemahiran peserta.

Lihat Gambar Disini