Tarikh : 15/02/2020 Masa : 10.00pm - 1.00pm Tempat : Pusat Internet Kampung Kuala Kerik Peserta : 30 peserta |
TUJUAN
Pendedahan dan mempromosikan Pusat Internet kepada pihak yang hadir. Selain itu, ia dapat memberikan informasi dan maklumat Pusat Internet kepada VIP yang hadir. Disamping itu, ia dapat merapatkan hubungan antara pihak Kerajaan dengan PI
AKTIVITI
Penerangan tentang latar belakang dan perkhidmatan yang disediakan di PI oleh Pengerusi PI. VIP juga diberi pendedahan tentang ICT dan kepentingannya kepada masyarakat setempat. Selain itu, VIP juga di beri taklimat tentang Klik Dengan Bijak dan Kempen Mobile E-Waste demi meningkatkan penggunan internet yang bijak. Disamping itu, pihak Motac dan Tourism Malaysia dan PI berkongsi ilmu tentang pelancongan dan mempraktikkanya di lain masa.
Tarikh : 13/02/2020 Masa : 2.00pm - 5.00pm Tempat : Pusat Internet Kampung Kuala Kerik Peserta : 3 peserta |
TUJUAN
Pendedahan dan pembelajaran blog kepada peserta. Ia juga dapat menambah pengetahuan tentang blog dan dapat menggunakan untuk menulis artikel sendiri. Selain itu, ia juga dapat menjadikan blogger ini sebagai sumber pendapatan dan melahirkan blogger yang berjaya serta berilmu. Disamping itu, kelas ini dapat menjadikan Pusat Internet sebagai pusat ICT di komuniti serta ia boleh menjadikan komuniti yang bersaing secara sihat dalam dunia digital.
AKTIVITI
Penerangan aktiviti kepada peserta. Peserta mencipta blog sendiri menggunakan website blogger dan wix sambil dibantu Petugas. Peserta juga di diajar cara menggunakan blog seperti mereka design, menulis artikel dan lain-lain lagi. Selain itu, peserta juga diajar cara penulisan yang betul ketika mengarang artikel.
Tarikh : 30/01/2020 Masa : 3.00pm - 6.00pm Tempat : Pusat Internet Kampung Kuala Kerik Peserta : 20 peserta |
TUJUAN
Pendedahan serta pembelajaran kepada peserta tentang kepentingan Kempen E-Waste kepada bumi dan masyarakat. Selain itu, ia bertujuan untuk membantu meningkatkan pengetahuan dan memberi kesedaran kepada para peserta tentang isu E-Waste. Ia juga, dapat mempromosikan Kempen E-Waste kepada komuniti.
AKTIVITI
Penerangan tentang E-Waste kepada peserta. Peserta diajar cara mencari maklumat tentang E-Waste seperti kepentingannya, perkakasan E-Waste dan lain-lain lagi di internet. Selain itu, peserta berbincang tentang cara kitar semula perkakasan E-Wste dan cara menjaga bumi dari tercemar. Disamping itu, peserta menjawab kuiz bagi menguji peserta tentang E-Waste.
Tarikh : 03/02/2020 Masa : 2.00pm - 4.00pm Tempat : Pusat Internet Kampung Kuala Kerik Peserta : 2 peserta |
TUJUAN
Pendedahan kepada gmail kepada peserta. Ia juga sebagai pembelajaran dalam mencipta akaun emel. Disamping itu, peserta diajar mengaplikasikan emel dalam kehidupan seharian supaya dapat memudahkan segala urusan
AKTIVITI
Penerangan kepada peserta tentang aktiviti. Peserta mencipta akaun gmail dengan mengikut setiap langkah sambil dibantu petugas. Selain itu, peserta diajar cara menggunakan emel dengan betul dan fungsinya dalam urusan kerja. Disamping itu, peserta diterapkan dengan nilai KDB bagi memupuk penggunaan internet dengan bijak.
Tarikh : 20/01/2020 Masa : 3.00pm - 6.00pm Tempat : Pusat Internet Kampung Kuala Kerik Peserta : 5 peserta |
TUJUAN
Pendedahan kepada peserta. Selain itu, ia sebagai latihan kepada peserta dalam mempelajari Microsoft Publisher. Selain itu, ia dapat memudahkan seseorang untuk membuat kad, jadual, catalog dan sebagainya. Disamping itu, ia dapat menjadikan peserta lebih kreatif dalam melakukan tugasan yang berkaitan Miscrosoft Publisher. Ia juga dapat melahirkan komuniti yang celikt ICT dan mampu berdaya saing serta menjadikan PI sebagai pusat komuniti ICT sejagat.
AKTIVITI
Penerangan kepada peserta tentang aktiviti. Peserta membuat brochures menggunakan Microsoft Publisher sambil dibantu petugas. Selain itu, peserta diterangkan fungsi Microsoft Publisher dan kegunaanya dalam aktiviti seharian. Peserta juga menggunakan templates serta design yang ada bagi nampak lebih menarik dan kemas.