Tarikh : 11/06/2018 Masa : 02.00pm - 05.00pm Tempat : Pusat Internet 1Malaysia Kampung Kuala Kerik Peserta : 5 peserta |
TUJUAN
Sebagai pendedahan terhadap Dashboard Komuniti kepada peserta. Ia juga untuk menghubungkan sesama komuniti bagi memudahkan komuniti untuk berkomunikasi. Selain itu, ia secara tidak lansung merapatkan jurang digital antara komuniti bandar dan luar bandar serta menjadikan komuniti luar bandar celik digital. Disamping itu, ia dapat menyediakan pengisian kandungan maklumat kepada masyarakat setempat.
AKTIVITI
Peserta diberikan penerangan tentang Dashboard Komuniti dan membuka web Dashboard Komuniti. Peserta juga membuat hebahan di menu My Komuniti untuk memberi informasi terkini. Selan itu, peserta juga menjawab Kuiz Dashboard Komuniti bagi melayakkan mereka menerima hadiah.
Tarikh : 04/06/2018 Masa : 02.00pm - 05.00pm Tempat : Pusat Internet Kampung Kuala Kerik Peserta : 10 peserta |
TUJUAN
Untuk memberi pendedahan kepada peserta tentang permainan 'Cuba Teka'. Selain itu, ia juga dapat meningkatkan daya ingatan peserta dan melatih peserta untuk berfikir dengan pantas.
AKTIVITI
Peneragan tentang aktiviti daripada petugas. Peserta diberikan kumpulan dan salah seorang daripada setiap kumpulan harus menggayakan Peribahasa yang diberi untuk diteka oleh ahli kumpulan. Kumpulan yang cepat menghabiskan peribahasa yang diberi pemenang.
Tarikh : 22/05/2018 Masa : 02.00pm - 05.00pm Tempat : Pusat Internet Kampung Kuala Kerik Peserta : 8 peserta |
TUJUAN
Untuk memberikan pengetahuan ICT yang berguna kepada peserta. Selain itu, ia dapat mengenal fungsi yang ada pada Microsoft Word untuk kegunaan akan datang. Kelas seperti ini juga dapat meningkatkan kemahiran dan kefahaman peserta dalam Microsoft Word. Disamping itu, ia juga dapat menjalinkan hubungan yang akrab antara PI dan komuniti.
AKTIVITI
Penerangan dan pengenalan Microsoft Word untuk pengetahuan peserta. Peserta juga diajar menggunakan tools bar untuk memudahkan kerja Microsoft Word. Selain itu, peserta diberikan tugas untuk membuat dokumen dan kertas kerja supaya memantapkan lagi kemahiran mereka. Disamping itu, peserta membina jadual kerja dan menggunakan clip art.
PROGRAM NILAM DAN ADVOKASI
Tarikh : 29/05/2018 Masa : 02.00pm - 05.00pm Tempat : Pusat Internet Kampung Kuala Kerik Peserta : 16 peserta |
TUJUAN
Menerapkan amalan membaca dikalangan komuniti dan untuk menimba imu pengetahuan dengan menelaah dan membaca buku yang terdapat di PI. Ia juga dapat memperluaskan ilmu pengetahuan dengan mempelajari bahan bacaan yang ada. Selain itu, program seperti ini dapat melestarikan budaya pembacaan yang berkualiti dan dapat melahirkan komuniti yang celik. Disamping itu, ia dapat menggalakkan penglibatan komuniti untuk menyertai aktiviti di PI dan dapat mempromosikan PI kepada komuniti sekitar.
AKTIVITI
Peserta membaca buku dan bahan bacaan yang disediakan di PI. Selain itu, peserta memahami dan mencari maklumat berkaitan supaya dapat memahami. Disamping itu, peserta juga berbincang bersama supaya dapat mengembangkan lagi ilmu mereka.
Tarikh : 14/05/2018 Masa : 02.00pm - 05.00pm Tempat : Pusat Internet Kampung Kuala Kerik Peserta : 5 peserta |
TUJUAN
Pendedahan Dashboard Komuniti kepada peserta. Peserta ditekankan dengan Dashboard App untuk kegunaan harian di mana sahaja. Selain itu, ia dapat mengeratkan hubungan PI dengan komuniti dan membantu komuniti kearah masyarakat digital yang bijak. Disamping itu, bengkel seperti ini dapat menarik lebih ramai komuniti untuk menggunakan Dashboard App pada masa akan datang.
AKTIVITI
Penerangan tentang Dashboard Komuniti khususnya Dashboard App kepada peserta. Peserta menginstall Dashboard App di telefon pintar masing-masing bagi memudahkan berkomunikasi sesama komuniti. Selain itu, peserta diajar menggunakan Dashboard App dengan betul dan menjawab kuiz yang disediakan.