BENGKEL DASHBOARD KOMUNITI
Tarikh : 20/08/2018 Masa : 09.00am - 12.00pm Tempat : Pusat Internet Kampung Kuala Kerik Peserta : 18 peserta |
TUJUAN
Pendedahan dan pengenalan Dashboard Komuniti kepada peserta. Program ini dapat menghubungkan masyarakat dengan komuniti setempat dan boleh merapatkan hubungan komuniti. Selain itu, ia boleh mendidik komuniti untuk berkongsi maklumat terkini dan dapat mewujudkan hubungan di alam maya. Disamping itu, ia dapat meningkatkan taraf sosio ekonomi penduduk setempat dan merapatkan jurang digital.
AKTIVITI
Penerangan tentang Dashboard Komuniti dan Dashboard App kepada peserta. Peserta juga membuka Dashboard Komuniti dan dan diberi pendedahan menu bar yang ada pada Dashboard Komuniti. Selain itu, pesreta juga membuat pengumuman di My Komuniti untuk memberi maklumat terkini kepada komuniti. Disamping itu, peserta melihat produk-produk tempatan dan luar negeri di My Shop.
Tarikh : 16/08/2018 Masa : 09.00am - 01.00pm Tempat : Pusat Internet Kampung Kuala Kerik Peserta : 5 peserta |
TUJUAN
Sebagai menyediakan kemahiran dan pengetahuan tambahan mengenai aplikasi Microsoft Excel kepada peserta. Ia juga dapat meningkatkan prestasi Microsoft Excel peserta serta dapat menjalankan kerja seharian dengan lebih cekap dan efisyen. Selain itu, ia untuk memudahkan peserta memahami Microsoft Excel dengan lebih berkesan. Disamping itu, ia dapat meningkatkan produktiviti ICT dikalangan komuniti dan belia setempat.
AKTIVITI
Pengenalan Microsoft Excel kepada peserta. Peserta diterangkan tentang komponen dan formula yang ada pada Microsoft Excel sebagai panduan kepada peserta. Selain itu, peserta diminta membuat latihan amali seperti langkah membina carta dan graf dari data berkaita. Disamping itu, peserta diajar teknik pengiraan matematik dalam Microsft Excel. Peserta juga memasukkan data ke dalam Microsoft Excel seperti memasukkan gambar dan clipping.
Tarikh : 01/08/2018 Masa : 02.00pm - 04.00pm Tempat : Pusat Internet Kampung Kuala Kerik Peserta : 2 peserta |
TUJUAN
Pendedahan terhadap My Shop kepada peserta. Ia juga untuk meningkatkan produktiviti usahawan dan meningkatkan jualan produk dengan adanya My Shop. Selain itu, ia untuk menunjukkan pelbagai produk yang dikeluarkan atau produk yang dijual oleh warga tempatan di seluruh Malaysia. Disamping itu, pembeli juga dapat menjimatkan masa dan dan memudahkan untuk berurusan dengan usahawan.
AKTIVITI
Penerangan tentang Dashboard Komuniti kepada peserta. Peserta login Dashboard Komuniti dan menambah produk usahawan didalam My Shop. Selain itu, peserta juga mencipta e-mel untuk pendaftaran My Shop.
Tarikh : 07/08/2018 Masa : 02.00pm - 05.00pm Tempat : Pusat Internet Kampung Kuala Kerik Peserta : 6 peserta |
TUJUAN
Pendedahan kepada E-Pembelajaran dalam permainan pendidikan. Selain itu, peserta dapat mempelajari perkakasan komputer dengan lebih mendalam. Ia juga dapat mempraktikan corak berfikir dan kemahiran logik dalam menyusun imej. Disamping itu, program ini dapat mengisi masa lapang peserta dengan aktiviti yang berfaedah.
AKTIVITI
Peserta diberi penerangan tentang aktiviti yang dijalankan. Peserta juga diberi satu permainan Puzzle tentang perkakasan komputer sebagai kaedah pembelajaran peserta. Selepas itu, peserta akan mencantumkan pecahan gambar yang diberi dalam masa yang ditetapkan. Peserta yang dapat menyiapkan dalam masa yang ditetapkan dikira pemenang.
KELAS MULTIMEDIA
Tarikh : 25/07/2018 Masa : 02.00pm - 05.00pm Tempat : Pusat Internet Kampung Kuala Kerik Peserta : 26 peserta |
TUJUAN
Pendedahan kepada Multimedia kepada peserta. Ia juga untuk memberi kemahiran teknik dan kaedah memanipulasikan grafik menggunakan komputer serta berkongsi idea tentang aktiviti yang dijalankan. Selain itu, ia juga dapat menambah pengetahuan Multimedia kepada komuniti dan dapat dipraktikan pada masa akan datang. Disamping itu, ia juga dapat menigkatkan daya kreativiti peserta dalam menuju kearah komuniti celik digital.
AKTIVITI
Penerangan Multimedia kepada peserta. Peserta juga menonton video pendek berkenaan Multimedia bagi pemahaman para peserta. Selain itu, peserta juga diberi latihan mencipta Facebook dan membuat video pendek. Peserta diberikan tajuk video dan menghasilkan video tersebut. Disamping itu, peserta diajar untuk mengedit video supaya lebih menarik.