Tarikh   : 08/05/2018

Masa    : 02.00pm - 06.00pm

Tempat : Pusat Internet Kampung Kuala Kerik 

Peserta : 7 peserta

 

IMG20180506162352 COPY

 

TUJUAN

Pendedahan kepada Miscrosoft Publisher kepada peserta. Selain itu, ia juga membolehkan peserta untuk menghasilkan Kad Ucapan menggunakan Miscrosoft Publisher. Disamping itu, bengkel seperti ini dapat membentuk komuniti yang berkemahiran dalam ICT.

 

AKTIVITI

Peserta menghasilkan Kad Ucapan Sempena Hari Guru dan mengedit supaya ia kelihatan lebih menarik. Selain itu, peserta diajar cara menggunakan bar menu yang ada pada Miscrosoft Publisher sebagai pembelajaran akan datang.

Lihat Gambar Disini

 

 

Tarikh   : 06/05/2018

Masa    : 09.00am - 12.00pm

Tempat : Pusat Internet Kampung Kuala Kerik 

Peserta : 7 peserta

 

IMG 20180111 103715 COPY

 

TUJUAN

Pendedahan kepada ICT dan Miscrosoft Excel kepada peserta. Ia juga untuk mendekatkan peserta dengan ICT dan mewujudkan komuniti yang celik IT. Selain itu, program seperti ini dapat meningkatkan tahap kemahiran peserta.

 

AKTIVITI

Penerangan turut diberikan kepada peserta untuk pemahaman kepada mereka. Peserta membuat latihan amali yang diberikan oleh Petugas. Selain itu, peserta diajar menggunakan menu bar dan formula yang ada dan peserta mebuat pengiraan menggunakan Miscrosoft Excel.

 Lihat Gambar Disini

 

 

 

 

Tarikh   : 23/04/2018

Masa    : 08.00pm - 11.00pm

Tempat : Masjid Al-Falah Kampung Betong 

Peserta : 186 peserta

 

IMG 20180423 205606 copi

 

TUJUAN

Penerangan tentang peristiwa Israk dan Mikraj kepada komuniti. Ia juga sebagai menyanjungi keagungan dan kebesaran yang Maha Esa serta mengingati peristiwa tersebut. Selain itu, program seperti ini dapat memberi iktibar kepada seluruh umat islam bagi proses tarbiah jiwa ke arah kesempurnaan. Disamping itu, ia juga mampu menarik minat masyarakat untuk datang ke masjid serta mengeratkan lagi hubungan PI dengan Masjid bagi menjalankan program yang akan datang.

 

AKTIVITI

Program dimulakan dengan persembahan marhaban daripada pelajar Sekolah Kebangsaan Kampung Betong dan diteruskan dengan ucapan Imam Masjid Kampung Betong sebagai permulaan bicara. Selepas itu, ceramah dimulakan oleh PU Zul (Pencetus Ummah) kepada masyarakat. Aktiviti terakhir adalah sedikit sumbangan dan penhargaan kepada penceramah dan sekolah pondok yang hadir.

Lihat Gambar Disini

 

 

KELAS ONLINE LEARNING

Tarikh   : 29/04/2018

Masa    : 02.00pm - 04.00pm

Tempat : Pusat Internet Kampung Kuala Kerik 

Peserta : 7 peserta

 

IMG 20180426 160119 COPY

 

TUJUAN

Untuk meningkatkan lagi ilmu pengetahuan serta pendedahan kepada E-Pembelajaran Online kepada peserta. Selain itu, ia juga dapat menarik minat masyarakat untuk datang ke PI dan mampu mengeratkan silaturrahim sesama PI dan komuniti. Ia juga dapat meransang otak peserta dengan cepat.

 

AKTIVITI

Penerangan tentang kelas yang dijalankan kepada peserta. Peserta membuka web education dan menggunakannya untuk pembelajaran secara maya. Sesi perbincangan juga diselitkan sebagai kaedah untuk memantapkan lagi pengetahuan peserta.

Lihat Gambar Disini

 

Tarikh   : 19/04/2018

Masa    : 02.00pm - 05.00pm

Tempat : Pusat Internet Kampung Kuala Kerik 

Peserta : 8 peserta

 

IMG20180413100235 COPY

 

TUJUAN

Pendedahan kepada software Paint kepada komuniti dan untuk melahirkan masyarakat yang berdaya kreatif. Ia juga mampu menarik komuniti untuk datang ke PI. Selain itu, aktiviti ini mampu meningkatkan kemahiran dalam menguasai software Paint ini.

 

AKTIVITI

Penerangan tentang aktiviti yang dijalankan dan peserta melukis gambar mennggunakan software Paint. Peserta juga diajar menggunakan tools yang terdapat di software Paint. Peserta melukis menggunakan kreativiti masing-masing.

Lihat Gambar Disini