Tarikh : 18/01/2021 Masa : 04.00pm - 06.00pm Tempat : Pusat Internet Kampung Kuala Kerik Peserta : 1 Peserta |
TUJUAN
Pengenalan asas paint kepada peserta yang hadir. Memberi latihan dan pendedahan yang sepatutnya kepada peserta supaya peserta dapat mengenali tentang asas-asas paint. Selain itu, ia juga bertujuan untuk melahirkan komuniti yang mempunyai daya kreativiti yang tinggi.
AKTIVITI
Petugas terlebih dahulu memberi penerangan kepada peserta yang hadir. Petugas kemudian membimbing peserta untuk mengenali asas paint. Peserta diberikan latihan oleh petugas untuk mempraktikkan pengetahuan asas paint yang telah dipelajari.
Tarikh : 12/01/2021
Masa : 03.00pm - 05.00pm Tempat : Pusat Internet Kampung Kuala Kerik Peserta : 1 Peserta |
TUJUAN
Dapat mengenal perkakasan komputer dan komponen serta fungsi yang terdapat pada komputer. Aktiviti ini merupakan salah satu cara untuk mempromosikan Pusat Internet Komuniti Kampung Kuala Kerik, disamping memberi pendedahan terhadap penggunaan Internet dan perkakasan komputer.
AKTIVITI
Memberi penerangan jenis -jenis perkakasan komputer dan fungsi setiap pekakasan yang ada. Peserta dapat mengenal perkakasan komputer dengan berpandukan perkakasan yang ada di pusat internet, melihat dan membaca maklumat lanjut di dalam video yang disediakan. Dengan mengenal fungsinya dapat memudahkan peserta memahami kegunaan setiap peralatan.
Tarikh : 23/12/2020 Masa : 09.00am - 12.00pm Tempat : Pusat Internet Kampung Kuala Kerik Peserta : 1 Peserta |
TUJUAN
Memberi pendedahan menaip mengunakan Microsoft Word kepada peserta. Kemahiran dalam Microsoft Word sangat penting dalam kalangan individu dan ia sangat berguna untuk keperluan pada masa ini bagi menyiapkan pengurusan mengunakan komputer. Disamping itu, ia sebagai memenuhi keperluan pengguna pada masa kini. Selain itu, ia dapat mempromosikan latihan di PI kepada komuniti bagi menarik komuniti berkunjung ke PI itu sendiri.
AKTIVITI
Pengenalan dan penerangan Microsoft Word daripada Petugas.Peserta mempelajari asas menaip untuk menghasilkan format surat formal dan tidak formal. Selain itu, peserta diterangkan tentang kegunaan fungsi tools dan mempraktikan setiap tool yang ada pada Microsoft Word. Peserta diberikan latihan praktikal untuk memantapkan kemahiran peserta.
Tarikh : 04/01/2021 Masa : 09.00am - 11.00am Tempat : Pusat Internet Kampung Kuala Kerik Peserta : 1 Peserta |
TUJUAN
Mengadakan Kelas Pengenalan Microsoft Powerpoint kelas ini untuk mendedahan peserta mengunakan Microsoft Powerpoint bagi menyediakan slide azam tahun baru 2021 dimana dapat menyemaikan semangat azam baru kepada peserta.Di samping itu peserta lebih mengenal cara mengunakan asas Microsoft Powerpoint dalam pembelajaran.
AKTIVITI
Peserta diberi penerangan cara untuk mengunakan tool di dalam Microsoft Powerpoint.Peserta di beri tajuk Azam Tahun Baru dimata peserta perlu menyiapkan slide dan membentangkan azam yang telah beliau ingin capai untuk tahun 2021.Hasil kerja yang telah siap di cetak untuk simpanan peserta untuk ditampal dan disimpan agar peserta lebih bersemangat untuk mencapai azam yang dingini.
Tarikh : 15/12/2020
Masa : 03.00pm - 05.00pm Tempat : Pusat Internet Kampung Kuala Kerik Peserta : 2 Peserta |
TUJUAN
Dihadiri oleh ahli Pusat Internet, kelas ini bagi membantu peserta untuk membuat ulangkaji pelajaran dan menyiapkan assessment secara online.Dengan adanya kuiz seperti ini dapat menarik minat peserta untuk mengunakan komputer secara effektif.Selain itu, ia dapat memberi kesedaran tentang penggunaan internet dan dapat membudayakan penggunaan internet secara positif kepada peserta.
AKTIVITI
Penerangan dan pengenalan pecarian capaian kuiz kepada peserta. Petugas membantu peserta menggunakan enjin carian mencari laman web yang menyediakan kandungan sesuai untuk membuat ulangkaji dan menyiapkan assesment secara online.